Jan 15, 2011

jom jelajah dunia

mcm best jerk nak ajak org pergi jelajah dunia. pdhal org lain dah melepasi laut china selatan, selat melaka dan lautan pasifik pun dah. kiranya dah pergi oversea la. tak kecoh pun. aku yg belum pernah lagi ke oversea nih nak kecoh2 plak. tapi takpe, yang senasib dengan aku. ada cr baru nak menjelajah dunia.

menarik? memang menarik! hanya perlu klik pada link ini.

tgk tempat yg telah aku jelajahi.

1. mula-mula kita kena balik kg. minta restu ma abah nak merantau jauh2. kalau jadi apa2 tak la terkilan sgtkan??



2. dah ma abah izinkan, br boleh mulakan penjelajahan. kita ke pulau sipadan dulu. jernihnya air kat sini memang tak leh citer ar. tempat lain membiru jerk kaler laut, tapi sekeliling pulau sipadan ni air sampai takde kaler. kalau nak wat jahat kat member pun boleh, masukkan air laut tu dalam botol air mineral. pastu bg dia minum. lepas dia minum, memang kena sumpah seranah la jawabnya.




3. seterusnya melawat ke tanah suci mekah pulak. aduyai baiknya aku.




4. kemudianya, rumah putih. boleh tahan juga besar kawasan dia. yang bestnya. susunan bangunan di kawasan tu tersusun rapi. tapi kalau perhati betul2. byk kena ada traffic light. sebab byk sgt simpang empat. agak2 nya kat sini ar diorg buat rancangan jahat nak serang negara-negara islam dulu. sebenarnya nak tengok semegah mana WH ni.



klik utk besarkan gambar!

+ jgn jadi katak dibawah tin susu. haha. br menjelajah guna wikimapia dah anggap tak duk bwh tempurung.
++ wikimapia ni tak updated. sebab pokok mangga kat umah aku dah lama kena tebang. tapi masih ada lagi.
+++ kagum juga, mcm mn diorg cantumkan kesemua gambar yg di ambil dr setelit nih. semua gambar ni rasanya di ambil pada waktu siang. sbb waktu siang la ada spotlight semua jadi. segala spotlight yang ada kat dunia nih mmg tak leh lawan punya. itu pasti.

Jan 12, 2011

teka-teki

teka-teke-teki-teko-teku

hari ni duk pakat berteka-teki benda ni. ada yang berkerut-kerut dahi mencari jawapan. nak cuba tonjolkan diri sebagai seorg yg bijak, memiliki pemikiran yg kritis lg kreatif & otak boleh pakai.


"apakah yang ditakuti oleh budak lelaki semasa kecilnya?
tetapi tidak ditakuti di masa dewasanya?
malah kalau boleh biar terkena."

+ sila bantu jawab teka teki ini.

Jan 6, 2011

pengajaran berharga

tik tak tik tak. masa terus berdetik. sedar tak sedar dah masuk tahun 2011 pun. umur pun dah berganjak ke satu angka yang baru. menandakan kematangan seseorg itu, bukan sekadar menambah garis halus di mata dan rambut yg semakin berkurang atau mula memutih. (tipu lah tagline angka pd usia, tidak pada wajah saya)

melepasi tahun 2010, banyak pengajaran yang berharga dilalui. kadang pengajaran diperolehi perlu dibayar dengan harga RM yang tinggi. sungguhpun banyak pengajaran yang manis untuk dikenang, pengajaran yang pahit perlu dijadikan sandaran dalam bergerak ke depan.

pengajaran 1:
dpat tgk teater natrah 1 dan juga natrah 2. tak tahu pulak natrah 2 lebih kurang dengan natrah 1. dah jadi boring plak tgk utk kali ke-2. beberapa babak saja diolah semula. set semua exactly sama. tu la silapnya kalau tak baca sinopsis atau survey dulu. duk dalam dewan tu mencebik jerk bibir. hidung berangin jerk. sapa yang bongok? aku angkat tangan separuh.. :P

pengajaran 2:
stop servis keta kat proton. servis kat bengkel luar sahaja. memang menjimatkan masa menunggu & jimat pula ringgit aku. beza labour charge pun dah lain mcm langit ngan bumi. tak sampai sejam. kalau kat proton paling kejap menunggu adalah 2 jam. bayangkan banyak masa terbuang. dah la takleh tgk dekat (bukan semua tempat). dah bosan, smua keta kat showroom aku belek. rasanya mahal kat labour charge n bahan ganti.

pengajaran 3:
kalau nak beraya. beraya sederhana cuma. tahun lepas raya sakan. sedar tak sedar, impact seronok shopping untuk hari raya sampai dua bulan lamanya. sebab nak stablekan semula kewangan. beli itu beli ini sampai yang beli tu tak sempat nak pakai. dah dua bulan lepas raya baru nak tergerak hati nak pakai. tahun ini, sederhana sudaahhh...

pengajaran 4:
terasa peritnya nak langsaikan hutang kredit kad. sungguhpun tak banyak sgt. dan byr setiap bulan, masih tak abis-abis gak. tahun lepas berjaya bebas dr kad kredit dengan sekali gus dan pejam mata rapat2. bukan semua kad. salah satu kad jerk. dah kira bebas la kan... tahun ni nak bebaskan satu lagi kad. kiranya lepas tu nak insaf dan bertaubat dah. nak katakan TAK NAK kepada kad kredit. tahun ini adalah tahun untuk menyimpan setelah bertahun lamanya enjoy dan tak psg niat menyimpan langsung. di tambah pula angka usia berganjak ke 28 thun ni.


+ harap ada kebaikan utk tahun 2011