Dec 17, 2010

cara bagaimana menarik minat anak anda

hari ni, rasa nak buat entry pasal budak kecik. budak kecik di sini bukan dewasa yg berbadan kecik molek ya. takut tersalah faham pulak. pada pandangan mata hitam aku, budak2 kecik ni ada minatnya tersendiri. ada yang minat naik basikal, conteng dinding, ada yang suka nenen & macam2 lagi ar. haa, ada yang dah pandai main online games kat miniclip waktu umur 3 tahun lagi. siap ajar kita nak search online games guna keyword apa.

budak kecik: abg yuh, cari games ben-teng (ben 10)

budak besar: ada ke?

budak kecik: ada, hari tu tgk kawan main.

budak besar: mana ada. (pdhal nak berfacebook)

budak kecik: ada, abg yuh tulih ben 1o games.

budak besar: mak ai budak nih.... huh!

..................................

skarang tgk gelagat budak kecik yg sorg lagi

dah la duk atas bantal. ish2x, budak2 skang dah takut kena bisul.
bnyak sudah peubatan moden untuk merawat bisul di bontot.

tgk tangan dia. jari duk sibuk menaip.
mulut tu sila tutup ya.
tumpuan penuh tahap 5bar telefon nokia.

tak puah hati dengan sound system.
di tambah bunyi bising org sekeliling yang tak tahu duk diam.
terus tekup kat telinga.

oh asyik nya dia.

tgk upin ipin rupanya.

bebalik kepada topik:
1. dorong minat mereka. jangan halang. apatah lagi cubit mereka.

2. biasakan mereka dengan gajet yang canggih. tetapi dibawah pemantauan anda. tak pantau nati, terbarai gajet itu nanti. mana tahu boleh jadi software programmer yang berjaya satu hari nanti.

3. sertai bersama-sama. kalau ajak main bola, layankan aja. nak main pondok2, layankan juga. jangan bagi main kawen2. ish, kecik2 dah gatal.. haip! apa nih?

4. jgn marah mereka kalau mencuba sesuatu dan salah pula caranya. contohnya, pasang tv guna remote control. nanti membantutkan perkembangan sifat mereka untuk meneroka. kalau mereka tidak meneroka, sapa akan rugi? harga getah dah mahal skang nih.. :P

+ tips dr kanak-kanak*.

tgk. bagaimana tips di atas dipraktikkan.
minat budak kecik: nak jd dancer.

*jgn silap dr merujuk kepada dari. bukan doktor.

Dec 10, 2010

tertanya-tanya

.sekadar penyeri post ini.

selalu gak duk terfikir sorang2. ni bukan fikir pasal hutang encik bank atau hutang abg long. tapi pasal benda2 sekeliling yang menimbulnya soklan2 yang pelik lagi memerlukan pemikiran yang genius untuk mendapatkan jawapan. perlu berhempas pulas dulu, baru la tercetusnya sang jawapan. kalau ada sesiapa nak tolong fikirkan?

harap terurai la kekusutan dalam kepala otak engkau! silap kepala otak haku.

soklan 1
dalam sehari, kita lebih banyak tengok wajah org lain dari wajah sendiri. berapakah purata masa kita melihat wajah sendiri dalam satu hari?

soklan 2
kenapa kereta mempunyai banyak ciri2 keselematan berbanding motosikal, sedangkan nyawa penunggang motosikal hanya bergantung kepada helmet yang sememangnya bukan sebahagian dari motosikal?

soklan 3
apa bezanya pilot kapal terbang & pemandu bas? banyak nyawa di tangan kepakaran mereka. kenapa nak dapat lesen bas lebih senang dari lesen kapal terbang?

soklan 4
kenapa tidur lebih nyenyak di kala hujan lebat atau lepas sembahyang jumaat (waktu hari2 bekerja jerk)?

soklan 5
ada yang suka simpan kuku panjang dan tahi kuku sekali. kenapa perlu untuk menyimpan kuku panjang untuk satu jari sahaja? kenapa tahi kuku juga disimpan bersama?

soklan 6
cincin nampak manis bila terletak di tangan. bagaimana pula dengan sepuluh jari dipenuhi cincin yang permatanya sebesar alam? motif?

soklan 7
tak semua org dianugerahi barisan gigi yang cantik dan sekata. tapi tak semua org yang mempunyai kelebihan ini memelihara anugerah ini dengan baik. kenapa lebih rela kena bunuh dari gosok gigi?

soklan 8
kenapa ramai org yang sederhana teruja nak menunjuk-nunjuk kekayaan dalam kebergayaan? handset mahal2 & pakaian branded. kadang2 sampai menyeksa diri.

soklan 9
cara pemanduan atau tunggangan bangsa gelap (eh skang ni dah ada yg lebih cerah dari melayu) lebih berbahaya berbanding bangsa lain. tak kira macha atau minachi. adakah berpunca dari gen?

soklan 10
pelik bila tengok org senang jerk jatuh cinta dan bertukar pasangan. adakah mereka hot atau terhangat dipasaran???!

soklan 11
kenapa pompuan cantik kadang2 tak memilih rupa pasangan? begitu juga sebaliknya. adakah mereka dalam keadaan sedar atau telah dijampi2? pasangan yang bagai langit dengan bumi atau membuatkan org sekeliling berasa pelik dan curiga hati serta sanubari. adakah kerana kecantikan dalaman yang dapat dinilai oleh org lain.

soklan 12
kagum dengan semangat2 blogger membuat entry baru setiap hari. dari mana datang idea nak menulis?

soklan 13
kita takkan membebel kalau harga di mcD, hotel atau fast food restaurant untuk harga segelas milo langsung tak masuk akal. kalau warung letak harga mahal 30-50sen, rasa macam nak terbalikkan meja. tak abis kat situ, membebel lg dlm kereta. kenapa? harga milo kat mcD adalah rm3.50 (kalau tak silap aku). bayar dengan tenang & lapang hati jerk.

soklan 14
wujudnya org yang kedekutnya tak leh blah. tapi masih ada hati nak kutuk org lain kedekut. tak sedar diri ke?

soklan 15
kenapa kereta didesign untuk penumpang menghadap ke depan dan bukan ke belakang? dan kenapa perlu duduk dan bukan berbaring atau mengcangkung?

soklan 16
kenapa org kaya & kenamaan kebanyakannya botak. kenapa mereka tak ke yun nam atau 101 hair care? adakah diorg tahu takkan berhasil. atau lebih macho kalau botak.

soklan 17
kenapa perempuan berambut kurang lurus contohnya kerinting maggi atau jarang seperti ada penyakit leukemia lebih rela mendedahkan aset tak sedap mata memandang tersebut berbanding memakai tudung? sila bantu saya jawab soklan2 di atas sana.

byk sebenarnya, tapi tak ingat. kalau dah teringat akan diupdate kemudian.