Nov 27, 2010

Sultan Kelantan Kena Cekup. Kenapa??

kesian benar dekat bekas sultan kelantan bila tengok dia kena tahan dengan UTK ni. sungguhpun ada cerita disebalik penahanan ini, cara bagaimana bekas sultan kelantan ditahan ni agak biadap & tak respect org berstatus sultan. dah la tengah sakit. pergi jerit2!! acu-acu senjata. buat ape??!!


komen-komen yang bikin panas:

klik untuk besarkan gambar!

+ pejuang abadi
"yang buat kecoh ini belaku adalah si tengku fakri dengan ibunya.....tu jadikan hal ini berlaku...sikap angkuh dan sombong nya memang ketara dari dulu lagi....lihat tanda bagusnnya pada klip 2:38...apa maksudnya...ada konsprasi nak jatuhkan raja kelantan...kesannya..dia tak dapat apa pun...padan muka....yang naik abangnya.....dan sikap tengku fakri itu mencerminkan wajah keseluruhan orang2 kelantan...samseng jalanan....."

+ dakopites
"@pejuangabadi ".dan sikap tengku fakri itu mencerminkan wajah keseluruhan orang2 kelantan...samseng jalanan.....". kalau macam tuh, sikap tengku faris plak mencerminkan siapa ye? alahai sempit nya otak kau ni"

byk lgi komen bikin panas. link

Nov 25, 2010

SPM 2010: Sila Perah Mental

sokongan moral di pagi hari
(pagi yang berkabus)

rasa belum terlambat lagik nak wish selamat menduduki SPM dan memerah otak untuk adik-adik form 5 yg bakal menjawab soklan-soklan yang menguji minda dan kesabaran. kalau rasa teruji tu, jangan marahkan paper tu.. marahkan tukang buat soklan tu. yea la, mungkin anak-anak diorg tak ada ambil SPM tahun ni. so, buat la payah sikit. boleh ke camtu?!

tapi insyaallah sapa study smart & hard, mesti 'semua jadi mudah'. dah tentu2 boleh jawab dengan kacang. tap-tap. baling dadu atau golek pensil tak kira yerk. tu dah masuk puak-puak menilik nasib tu. ish2x.

bila musim periksa besar2 ni, teringat masa aku di situasi yang sama. yang pasti, tips peperiksaan ma abah aku lebih kurang sama untuk semua anak2 dia. tahun 2010, dengar pesanan yang sama sekali lagi. adik bongsu aku amik SPM tahun ni.

antara tips berguna adalah:-

1. mesti sarapan.
2. pensil asah siap2 & pen pastikan berdakwat.
3. ic, lesen, slip periksa dah bawa???
4. tulis nama & maklumat betul2. check 2 kali.
5. jawab soklan yang mudah2 dulu, jangan bazir masa jawab soklan payah yang confirm tak reti nak jawab.
6. tengok jam, congak berapa masa yang tinggal untuk jawab balance soklan.
7. kalau org keluar awal, biarkan dia. jangan tengok! jawab sampai abis masa.
8. tak paham soklan angkat tangan. tak cukup kertas atau ada masalah angkat tangan jugak. siap ajar lagi dialog. aduhai~
9. kalau dah siap tu amik masa untuk periksa jawapan. konon2 jadi pemeriksa paper SPM la.

aku sebagai abg, bg sokongan moral dengan tips yang tak berapa nak fadillah kamsah sangat ar.

1. jangan biar satu pun soklan tak berjawab. jawab semampu mungkin. conteng ar skit pun. mana tahu dpat satu markah. lagi2 kalu jawab paper agama... senang nak dpat markah. bg jawapan yang common sense pun leh dpt markah.
2. gunakan masa sebaik mungkin sampai saat2 terakhir.
3. meniru kalau terdesak dan berpeluang.. nak kena halau keluar dewan??!!! jgn coba2!


~sepinggan nasi goreng yang telah membakar semangat nak bangun pagi dan pergi sekolah~
.
.
.
.
p/s: sedar tak sedar, dah 10 tahun aku tinggalkan SPM. cepat tul masa bergerak.

Nov 21, 2010

Jawatan Kosong

eh, ada jawatan kosong la. siapa yang berkenan boleh ar memohon yea. mungkin pandangan dari TR dapat membantu dlm membuat pertimbangan untuk memohon atau tidak.

waktu kerja:
8am-5am. yang tu official.
selalunya 6 atau 7 pm baru rasa macam tak pelik keluar kilang. kalau tak macam tak kena jerk.

gaji:
standard, gaji eng. kat senawang. kalau boleh demand gaji tinggi terus. sebab kenaikan agak tak berapa nak memberangsangkan. selalunya flat rate.

pengalaman:
tempat yg sesuai utk menimba ilmu pengetahuan & pengalaman: pasal system, process & pressure management (memang banyak pressure). insyallah campak kat mana boleh hidup. kat sini banyak hands on.

ditambah, setiap bulan mesti present satu projek. asalkan berkaitan quality & process improvement atau cost saving. anda tak boleh skip, mesti ada sesi ke-2. sampai buntu nak present projek apa...

suasana kerja:
agak byk politik. tp asalkan tak kacau org, anda mesti selamat.

elaun:
elaun makan rm52 sebulan.. yeah! diberi dlm bentuk kupon. setiap bulan bertukar gambar.
elaun umah, rm 100 bg mereka yang bukan berasal dari n9.

ot:
lupakan saja. agak tak berbaloi. rm250 utk 50 jam. kurang 50 jam, tak boleh claim.

cuti:
8 hari setahun. keje cukup setahun baru dapat annual leave. tp company banyak bagi cuti 'shutdown'. kira acceptable la..

skill:
anda perlu tahu teknik tai-chi untuk hidup bahagia. perlu tahu cara nak cover diri sendiri. dengan rekod semua info-info yang mustahak.

klinik panel:
2 klinik jerk. waktu rawatan pula terhad. 3pm-7pm. kalau sakit waktu selain itu, sila ke klinik lain, boleh claim setakat rm15. pikir2 balik, kesian kat operator. nak tak nak kena pergi masa rawatan klinik tu. tahan la sakit tu dulu. kenapa tak tukar klinik lain atau tambah jumlah klinik? jgn tanya, aku tak tahu jawapan dia.

bonus:
ikut keuntungan company. so far ok la.

dinner:
sekali setahun. ikut keuntungan company jugak.

keluar masuk kilang:
agak lenient & flexible. isu sahaja gate pass, anda bebas ke mana jua.
nk time-off pun boleh, 30min? sejam? dua jam? boleh3x
.

pakaian:
tak perlu nak pikir pakai apa esok. uniform disediakan. sungguh pun design tak ubah mcm cleaner, kira ok la.. tak perlu abis duit beli baju. atau bergaya sakan ke tempat kerja.

berminat, sila ke jobstreet. taipkan jawatan & location yea. mesti jumpa advertisement nih.

teringat masa mula2 nak start kerja kat company nih. link

Nov 20, 2010

Kenangan Kecik-Kecik Dulu

ingat lg zaman kecik-kecik dulu, kisah si kancil dan buaya. bila keluar jerk cerita terbitan finas ini, semua mcm terhenti. pause sekejap. waktu tengah conteng2 dinding pun berhenti sekejap. yang naik basikal roda tiga dalam umah pun berhenti berkayuh. semangat nak beri sepenuh perhatian. leka tengok, siap ada yang meleleh air liur lagi. pada usia 27 tahun ni teringin nak layan cerita kartun macam nih. asyik duk layan tom & jerry jerk kalau waktu-waktu weekend. tgk kartun malaysia kita la pulak.

hikayat kancil & sang buaya



balasan org menipu mesti ada. sungguhpun cerita ni pendek, tapi penuh dengan masej yang mendidik. jangan nak lekuk2 org. tak baik. nati diri sendiri kena ketuk. dengar la cakap cikgu nih yea murid2.

hikayat kancil & monyet



dialog yang best: jangan monyet, jangan monyet!
pergi sekolah pakat memonyetkan member2 jerk. hahaha. bila ada yg bengang, haa keluar ar kenyataan ni.."kalau aku monyet, ko pun monyet. sebab kita satu kelas. jadi cikgu pun monyet jugak sebab ajar kita". sudaaah.... satu sekolah monyet~

hikayat si kancil & sang buaya feat lembu



alahai kesian benar muka lembu time minta tolong. rasa-rasa dari cerita ni la keluar bidalan.. "bodoh macam lembu". geng2 lembu sedunia patut saman siapa yang punya cerita ni. sehingga menjejaskan reputasi lembu. ape boleh buat? kes saman 'lembu punya susu sapi dapat nama' pun belum sudah-sudah2 lagi.
.
.
.
p/s: teringin nak jadi kanak-kanak semula. takde masalah. tengok tv dan main-main. penat tidor. tak payah gi kerja. hahaha

Nov 18, 2010

Selesai Sudah

tepat jam 6.30 ptg tadi lepas ar segala kesiksaan. persiapannya yg bermula dari sebelum puasa sampai la raya aidiadha. kesiksaan itu bernama audit. memang menyusahkan dan buat org tak senang duduk. berdiri pun tak senang jugak sebenarnya. tapi tup-tup dah abis. perjalanan nak menempuh 2 kesiksaan ini penuh suka duka. bilik gerakan jadi saksinya.

time ini la, boleh nampak sapa yang sanggup menolong. sapa yang tak kuasa nak menolong. lebih rela surf internet atau ke hulu ke hilir buat-buat sibuk. kerana prinsip 'bukan kerja aku'. time ni la dapat kenal siapa si ringan tulang dan siapa yang menolong sambil muncung mulutnya. hempas2. dalam kata lain, dapat kenal sapa kawan, sapa teko. teko kan ada muncung. biarkan. ini masa aku. lagipun ada ramai lagi yang ikhlas nak bantu.

dapat juga kenal siapa tahu suruh, tahu menyucuk dan tahu berlakon. korang memang hebat. tapi sungguh pun wujudnya org2 macam ni. org yang ikhlas dan seronok membantu pun ramai.
terima kasih atas kesungguhan menjayakan kesiksaan-kesiksaan ini. belum lagi melayan org yang suka buat kerja cincai. asal ada. bagi nasihat/cadangan melawan. kuat mengeluh pula tu.

oh ya!, aku siap kena fired sebab tak by hand bagi sample. aku berkejar keretapi nak ke kluang, nak main pondok2 ngan anak buah aku pun tak senang, dipaksa hantarkan sample. tak nak ambil sendiri. ko ingat ko agung. nak fired aku? sila sediakan wang pampasan secukupnya utk alasan bodoh ko berhentikan aku. pada pukul 7 ptg ko suh aku buat benda 'menyembah duli'. perjanjian, waktu kerja 8pg-5ptg saja.

tapi sekian lama persiapan ditambah suka duka yang diharungi, audit sekejap cuma. ambil masa tak sampai 3jam pun. banyak kos, masa dan tenaga telah digunakan. sampai byk keja aku tertangguh. lepas ni kena pulun ar. tapi pulun pun apa gunanya kalau performance dikira pada kadar sama rata.

lebih baik surf internet atau jaga line tak banyak mesin. pukul lima angkat kaki. keciwa sekejap. lepas ini nak berfikiran positif je. nk dapatkan banyak2 pengalaman, pastu demand untuk kerja baru atau post baru.

yeah!!! tapi aku hadapi semua ni dengan senyuman. janji dah usaha. tawakal. ada yang ingat aku akan surrender! oh tidak yea. pada aku setiap yang sulit tu akan berlalu dengan kelapangan.

betul. tengok auditor bergerak pulang sambil angguk2 dalam mpv, yang tak ubah mcm ombak dari pasukan penyokong cukup buat aku gumbira dan lapang dada. jgn dtg lagi yea hencik koukoci kita, hencik hasimoto dan rakan-rakan. haha. berhenti la menyusahkan kami. selamat pulang utk sambung buat keta mitsubishi yang best2.
.
.
.
p/s: bila la lg dpt main doktor2 dengan cik umaira.


Nov 15, 2010

Uncle Seeker Kecoh Dengan 'Cinta Syhh'nya

Mungkin ramai yang tak kenal siapa uncle seekers, siapakah gerangan uncle ini?? Tapi tak mungkin korang tak kenal siapa 'cinta syhh'nya, Siti Aishah, bekas permaisuri Agong suatu ketika dahulu.

Uncle Seekers, kini teruja mendedahkan percintaan dengan bekas permaisuri Agong, Siti Aishah. Setakat ini, ada 6 blog post sudah ditulis Uncle Seekers untuk menceritakan tentang cinta syhh mereka yang seakan mendapat tentangan 'dato seri' sedangkan Siti Aishah benar2 menginginkan uncle seekers yang gantang ini.

Gambar yang dipaparkan betul2 menunjukkan masa yang telah mereka habiskan bersama-sama dan kemesraan yang terpancar. Korang nilaikan sendiri dengan membaca pengakuan dari Uncle Seekers.

Lagi gambar Uncle Seekers bersama mantan permaisuri Agong, Siti Aishah dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

gambar uncle seekers dan siti aishah


gambar uncle seekers dan siti aishah

gambar uncle seekers dan siti aishah

gambar uncle seekers dan siti aishah

gambar uncle seekers dan siti aishah

++ uncle seekers

p/s: nampak sgt uncle seekers nak malukan Siti Aishah dari penceritaan kisah cinta syyhh nya, anda nilaikan sendiri.

Nov 13, 2010

nabil, semua nak A!


-mode: terkejut haku!-

nabil ke nih? semua nak 'cium' jugak ke?


UPDATE:
Dakwa diri mangsa kecanggihan teknologi

"Selepas melihat sendiri foto yang dipertontonkan tadi, saya sangat sedih, kecewa dan terkejut. Saya tak faham, bagaimana foto seumpama ini boleh tersebar begitu cepat di kalangan media massa. Pun begitu, saya menafikan sekeras-kerasnya foto aksi panas yang dikatakan antara saya dan Qasha adalah milik kami berdua."-BH

.
.
.
p/s: terkejut aku, biar betul nabil buat perangai cmni..
muka mcm seiras jerk

Nov 7, 2010

ya, kau cukup indah

-jom layan lagu ni sama-sama-



suara mamat ni memang mantap. sedap jerk melayan.