Jul 26, 2010

video: haven't met you yet

layankan saja,
tak perlu banyak soal.



I'm Not Surprised
Not Everything Lasts
Have Broken My Heart So Many Times,
I Stopped Keepin Track.
Talk Myself In
I Talk Myself Out
I Get All Worked Up
Then I Let Myself Down.

I Tried So Very Hard Not To Lose It
I Came Up With A Million Excuses
I Thought I Thought Of Every Possibility

And I Now Someday That It'll All Turn Out
You'll Make Me Work So We Can Work To Work It Out
And I Promise You Kid That I'll Give So Much More Than I Get
I Just Haven't Met You Yet

Mmmmm ....

I Might Have To Wait
I'll Never Give Up
I Guess It's Half Time
And The Other Half's Luck
Wherever You Are
Whenever It's Right
You Come Out Of Nowhere And Into My Life

And I Know That We Can Be So Amazing
And Baby Your Love Is Gonna Change Me
And Now I Can See Every Possibility

Hmmmmm ......

And Somehow I Know That Will All Turn Out
And You'll Make Me Work So We Can Work To Work It Out
And I Promise You Kid I'll Give So Much More Than I Get
I Just Haven't Met You Yet

They Say All's Fair
And In Love And War
But I Won't Need To Fight It
We'll Get It By It ??
To Be United

And I Know That We Can Be So Amazing
And Being In Your Life Is Gonna Change Me
And Now I Can See Every Single Possibility

Hmmm .....

And Someday I Know It'll All Turn Out
And I'll Work To Work It Out
Promise You Kid I'll Give More Than I Get
Than I Get Than I Get han I Get

Oh You Know It Will All Turn Out
And You'll Make Me Work So We Can Work To Work It Out
And I Promise You Kid To Give So Much More Than I Get
Yeah I Just Haven't Met You Yet

I Just Haven't Met You Yet
Oh Promise You Kid
To Give So Much More Than I Get

I Said Love Love Love Love Love Love Love .....
I Just Haven't Met You Yet
Love Love Love .....
I Just Haven't Met You Yet

me=4:06?!
~sekian~

oh kain baju~

alahai, tertibnya.

rakan-rakanku sekalian,
sungguhpun terpaksa,

terima lah bebelan pujanggaku ini,

bertajuk kain baju.
arrrggghh!!

seluar & kain pelikat,
jeans & kameja-T,
baju melayu & stokin,

mahu pun uniform kerja & tuala,

semua sekali mmg dasar kain baju,

suka menyusahkan aku!!


dah la masa nak beli pun susah,
nak kena aku berkenan warna,

saiz, harga dan mutu,
dah banyak buang masa aku kat situ.


dah beli mesti la nak pakai,
sungguh pun benci,

terpaksa juga ku sarung pada diri,
kalau tak semua org cabut lari!


dah pakai nak kena basuh,
berlagak pulak tu!

tak nak guna sabun cap ayam,
kalau tak, buat bau macam hampeh,

tak leh sidai dalam umah,
kalau bubuh soflan bukan main lagi harum ya.


tak cukup aku dah basuh,
ko suh aku sidai pula,

nak berjemur kononnya,

tak sedar diri,
dia tu buatan malaysia cuma.


hnnsshh!
bila dah berjemur tu,

terus lupa diri nak masuk umah,
nak kena aku angkat jugak,
tak angkat kang,
korang ugut aku,

nak angkat atau nak kena basuh sekali lagi,
kerek ya..

takpe.. takpe.



dah aku turutkan kehendak korang,
korang tak reti nak duduk tertib,

duduk lintang pukang,

tak sopan,

aku kurung dalam bakul,

korang sengaja pula renyuk-renyukkan diri,
terpaksa la aku tertibkan korang,

lipatkan korang segi empat,
kadang-kadang aku tungkukan korang,

dgn saterika panas.

pdn muka!


nak layanan istimewa aje,
bila aku tarik ganas-ganas,

korang mogok,

sengaja jatuh beramai-ramai,
nak ajar aku suh layan korang elok2,

memang dasar kain baju!

arrrgggh!!!
tak pernah ke terpikir,
yang aku ni tak banyak masa,
nak uruskan itu ini,

simpati sikit ar wei,

cubalah berdikari!


cis, purak2 malu!







Jul 24, 2010

jalan maut



eh2x. bukan main rancak lagi lagu background dia. siap boleh bergedik kaki siapa yang mendengar. kesian kepada yang terlibat.
.
.
.
.
p/s: berhati2 di jalanraya. kerana malang mmg tak berbau petrol.

ni baru lah auw-ten-tic

maggi cintan bersama keriuk2 cili kampung


hari ini, untuk makan malam saya memilih maggi (mee segera) jenama cintan. terliur sejak waktu lunch tadi, kerana mereka makan maggi di pantry tanpa ajak saya.

sampai hati mereka. manakan boleh. dua bungkus maggi dikongsi satu kilang. lagi pun disini, tiadanya polisi satu kilang. [tiba-tiba] jerit sama2.. SATUUUUU MALAYSIA!!!
terdengar-dengar suara tok najib yang menaikkan harga minyak dan mengenakan charge rm50 untuk sekeping kredit kad. aku ada 4 keping. rm200, free2 government dapat dr poket aku. dah la aku ni bukan berduit sangat. :-p

pendek kata memang rakyat didahulukan.
mungkin rm50 sikit pada kerajaan, tapi besar maknanya pada org yang gajinya tak seberapa. kerana tak kira betapa kayanya anda, atau betapa miskinnya anda. harga barangan adalah sama untuk semua orang. jika anda habiskan rm 300 untuk keperluan asas sahaja seperti beras etc. begitu juga org yang berpendapatan kecik.
fikir-fikirkan.

malas ckp banyak2. jom makan maggi.
'rupa saya tak senonoh, tapi saya lazat'
.
.
.
.
.
.
p/s: moksu aku terrer buat maggi kaw2.. sampai terangkat pinggan, itu aku jamin~

Jul 22, 2010

cola yang mengkakis..

khasiat cola

mak ai, bukan main bahaya lagi cola nih. boleh mengkakis karat dan besi. kalau minum abis la usus2 kita menderita. meronta-ronta kesakitan. fakta ini diperolehi dari Discovery Channel Magazine untuk bulan augustu. halaman 22. majalah ini dibeli oleh ex-housemate aku, tapi dia tak pernah baca. pelik dan memang benar.

translate lebih kurang begini:-
soklan:
dalam mencari jawapan, adakah cola boleh menghilangkan darah kering dan menjadi chrome cleaner. cola yang mempunyai ciri hitam2 manis. minum banyak kali pun tak jemu. pok cik jamie dan adam sengaja menumpahkan darah binatang dan membiarkan kekeringan di bawah sang suria yang memacar terik. utk dua jam. separuh bahagian di simbah dengan cola yang hitam itu. manakala separuh lagi dengan menggunakan 'high-powered water' hose. dua orang pok cik ini juga mencuba menghilangkan karat pada chrome pada seekor bonet pick-up yang usang.

jawapan:
sohih memang sohih. Kesan darah yang dibersihkan dengan cola jauh lebih bersih berbanding menggunakan air sahaja. Dan menakjaubkan, kerana cola dapat menghilangkan kesan karat dengan kilauan yang mengoda seperti baru sahaja yang dibeli.

tip:
jika cola boleh buat begitu, tiba masanya untuk berfikir kembali tabiat minum kita.
.
.
.
.
p/s: slalu minum cola masa makan kat mcD sahaja. tapi, GCB mmg best! mintak2 GCB tak boleh kakis rektum aku.



Jul 19, 2010

video: cari jodoh versi omputih

-let's find love-
i no can do




omputih pun ada masalah nak cari jodoh jugak ghupanya.. :D

Jul 18, 2010

video posmen rempit

posmen merempit

jom layan video aksi posmen merempit, sempena aku melayan ADNAN SEMPIT pada hari ahad di youtube. ahad yang mendamaikan, kerana diluar sana hujan tak henti-henti turun. filem ni pada aku tak best pun. tapi ramai cakap best. dah alang2 tengok sampai part 3 habiskan la sampai part 10. video posmen ini terjumpa masa tengok adnan sempit ni ar.



.
.
.
p/s: kalau surat jatuh pun tak sedar ni. macam mana kalau surat yang jatuh tu, surat urusan paduka baginda untuk offer kerja gomen. kes naya la kepada si penerima. berfikir jauh la wahai posmen :D

Jul 15, 2010

impian

sekadar gambar hiasan

aku dan nur-impian

normal. masing-masing ada impian. bagaimana cara merealisasikan impian mungkin berbeza. tak sama cara kita dan cara mereka. ada yang gunakan jalan singkat. ada yang berusaha sedaya sendiri. ada juga yang sekadar duduk menunggu. menunggu ini ada kategori2 nya pula. kategori pertama lahir dari family kaya dan kategori kedua pula yang malas berusaha.

banyak juga terpasang impian, tapi tak pula yang semua tercapai. tak pelikkan? sejak dari kecik lagi mmg dah pasang impian dan angan-angan. memang peel suka berangan. aduhai.

sekolah rendah
impian 1 : nak beg swan
status: dapat beg mcm swan pun kira terlaksana la yup. biar beg ni dah koyak, sanggup jahit. beg lain tak mahu dee..

impian2: set uniform pengakap yang lengkap
status: dapat yang basic pun dah suka.. hehe


impian3: nak pandai naik basikal
status: berjaya pada darjah 3, tu pun kena paksa pakai skirt klu tak pandai2 jugak oleh cik ram.

impian4: nak basikal BMX

status: dapat, second hand cuma. sebelum dapat basikal masing-masing. aku ngan abg joe kongsi nak basikal. aku sekolah petang, dia sekolah pagi. tengah jalan tukar, aku nak basikal.. dia pula jalan kaki. kenangan manis siyot. siap lutut berlaga ngan handle.

impian5: nak tengok konsert KRU
status: dpt tengok live walaupun takde tiket. abah aku ckap kat penjaga pintu "anak saya nak panggil mak dia kat dalam". padahal mak aku sedap melepak dalam kereta sambil makan kacang kuda. tgk kejap jerk untuk lepaskan angin aku.


impian6: nak bela ikan.
status: time ni suka sangat cari ikan kat longkang. untuk elakkan ikat terlepas, aku buat zig zag dalam longkang hitam pekat. mmg superb bau dia. akhirnya aku dapat kudis buta. oppss, akuarium pun dapat juga.


impian7: nak ngorat anak jiran(darjah 6).
status: gagal. punya la minat siap buat kad raya sendiri dari batang ais kerim. tapi masa darjah 3, ada budak pompuan ngorat aku. aduh malu aku. ain namanya. terima kasih kerana pertama perasan yang aku ni menarik dan sorry tak balas masa tu. kecik lagi ar.


impian8: nak result upsr gempak
status: ok la. aku pun tak caya. akhirnya dapat hadiah jam Alba. tenkiuk abah.

sekolah menengah

impian9: nak meja study.
status: dapat meja study boleh buka tutup. buatkan aku suka abiskan masa disana. tenkiuk ma.masih ada sampai hari ni.


impian10: cuti2 mesia
status: yeah, dapat pusing satu malaysia. selama dua minggu. sampai naik ruam. banyak sangat abis masa atas kereta.

impian11: nak tukar sekolah, sebab aku tak menjadi diri aku kat sekolah tu.
status: tukar sekolah kat besut masa form 4. punya la suka.


impian12: nak masuk U.
status: berjaya. dalam negara pun jadilah. syukur!!


impian13: nak jam tangan.
status: dapat. jam jenama spoon. canggih woo.. beli kat mydin je pon. tenkiuk abah.


zaman universiti
impian14:nak motor.
status: dapat masa tahun dua. sangat-sangat berterima kasih pada abah ngan ma. sebab tak tahan dah menumpang kawan. kawan yang sgt berkira pada kehausan tayar dan kerosakan motor kalau naik bonceng. setelah aku tunaikan tanggungjawab sebagai penumpang seperti isi minyak dan kongsi kos maintainance yang kecik, pun masih tak puah hati. motor dia overhaul suh aku bayar separuh. ingat lagi jumlah aku kena bayar rm250. aku tumpang pergi kelas sahaja. bukan tumpang dia balik kg setiap hujung minggu pun.


tumpang kawan lain pula. cakap motor senang pancit kalau naik dua org. bila aku tumpang gak pergi kelas, langgar bonggol sampai nak terpelanting aku dibuatnya. aku nak naik bas, ajak naik motor. tapi tak ikhlas. bila aku ada motor, elok aku tumpangkan korang. walaupun korang ligat jerk nak naik tumpang aku. takpe, walaupun tak ikhlas tolong aku dulu tapi tetap besar maknanya pada aku.

nota: tak semua kawan aku mcm ni.


impian15: nak ada komputer.
status: yeaa.. dapat. terperdaya beli yang second hand pada harga yang tak patut. buat assignment sikit2 dengan main game spider solitaire ok la. siap ada yang kutuk suh wat tukun. mmg kes tertipu masa ni. padah buta kayu dalam IT.


impian16: nak dapat pengurangan loan MARA
status: dapat kurang 90%. muahaha. tapi masih tak bayar habis lagi. bayar sikit2. maklum ar takda interest dikenakan.

impian17: nak terus kerja lepas grad.
status: hmm, tak sangka pula mengganggur setahun. kira tak terlaksana ar. masa ni mmg tension tahap gaban. masa ni abah yang banyak bagi sokongan kewangan serta semangat. masa ni aku banyak berkebun dan tolong mak aku kat rumah. subur menghijau jerk pokok2. lepas aku dapat kerja kat seremban, pokok2 semua tak cukup zat.

impian18: nak gen2
status: terlaksana tahun 2007. masa gen-2 keluar terus tangkap cintan. waktu tu tahun 3 kalau tak silap. tengok keta gen2 melintas jerk, berderau darah dan terus berkobar-kobar semangat.



zaman dewasa

impian19: nak ada laptop

status: yeah. tengah guna la ni. tak canggih sangat. sesuai untuk aku yang separa celik IT nih.

impian2o: camera digital yang waterproof
status: yeah. dapat2!


impian21: nak ada umah corner lot. rumah kecik tak pe janji ada laman. sebelum 30 tahun.
status/strategi: dalam angan2 lagi. kalau beli rumah lelong dapat murah sikit.

impian 22: honda civic @ CRV
status/strategi: masih guna gen2 lg. nak kena ada side income. tengah start pelan2.


impian 23: cari suri dalam hati
status/strategi: belum lagi. suh family cari ar atau buat peraduan padan dan menang. hahaha.

impian24: settle hutang kredit kad.

status/strategi: dalam proses. masih berbaki rm 1.8 K. target hujung tahun ni lepas dari kredit cengkaman kredit kad. tapi dalam wallet ada 4 kad kredit untuk kegunaan kecemasan sahaja. alasan bershopping tapi tidak membawa cash adalah tidak dibenarkan sama sekali. pantang mak nenek. appps, biasa nih!!


impian25: nak kamera dslr
status/strategi: dalam pertimbangan lagi.

impian26: nak bawa family pergi pulau perhentian
status/strategi: selalu sgt gi cameron ngn melaka. pulau2 ni jarang sekali. tengok la hujung tahun ni. kalau ada bajet.


impian27: nak bina kerjaya yang lebih mantap
status/strategi: mantap dr segala skill. kentalkan semangat dari pressure yang diberi & persaingan yang tak seimbang. kalau aku tak datang kerja, kilang tak huru hara. tapi ada yang bertanya dan talipon aku. maksudnya aku perlu. boleh ar demand gaji nanti
.
.
.

.
dalam mengejar impian aku nih, ma ngan abah memang banyak membantu. mereka cuba tunaikan selagi termampu. sampai bila-bila tak terbalas jasa-jasa itu. kawan2 baik pun ada juga sumbangannya. tenkiuk semua. nati dapat honda CRV, aku bawak korang pergi kuliah agama yup. aku tunggu dalam kereta. hahahaha. berangan~
.
.
.
p/s: alhamdulillah, esok nak jadi tok siak.. huhu

Jul 13, 2010

kalau dah rezeki..

ungkapan yang agak biasa didengar, memang ada kebenarannya.

hari ahad lepas,handset lawa aku jatuh di lake garden. tersedar, sewaktu nak naik kereta 'eh, mana handset aku???' bentak hati aku

'arrggghh, mesti gara2 seluar track siut ni licin' aku bercakap sendiri. tak semena2 otak aku memproses data. mengenalpasti lokasi2 di mana handset itu terjatuh.

mana???? celah seat? atas rumput tempat borak ngn ravi? tempat buat seat up (senaman memetakkan perut)? tempat aku baring tengok langit membiru? mana???

ape lagi, turun kereta dan terus cari dekat tempat2 tu. tak jumpa jugak. dalam hati aku, 'hmm bukan rezeki aku'.

sungguhpun begitu, terasa tension mencari tetap ada. aku balik, terus sarapan nasi kerabu. siap bawa balik ikan goreng tepung untuk diratah.

cuba call guna telefon rumah. ada suara awek menjawab, awek celcom. minta tolong abah aku hantar mesej, sesiapa yg terjumpa sila pulangkan handset kepada tuannya.

cuba dan mencuba. tak ada juga yang menjawab. aku kemudianya tido sambil tengok cerita korea. bangun2 kul 2pm, terus mencuba lagi. mungkin handset itu masih disitu.

siap segala yang patut, terus jadi detektif utk mencari handset sendiri. dalam hati, kalau tak jumpa, mmg rezeki kedai handset kat seremban parade ar. mungkin impian nak pakai hanset E72 mungkin terlaksana hari ni juga. tiba2, sedih dalam kesyukuran.

lokasi handset jatuh

tak sampai sepuluh minit mencari, dah jumpa handset aku tu. elok je sopan dia duk atas rumput. perasaan aku? gembira biasa2. panjang jodoh handset ni ngan aku. mmg dah rezeki aku tak payah nak gatal2 beli handset baru. dan bukan rezeki tokei handset hari tu nak dapatkan duit aku.

dan belum tiba masanya untuk aku memiliki perut yang berpetak2. ada petak empat segi yang satu ni pun jadi la.

-aksi pencarian handset-

sampai ke atas aku cari

acececeh

detektif conan
.
.
.
.
p/s: kalau dah jodoh tak ke mana. kalau tak cari tak jumpa.


Jul 11, 2010

aku yang berharap?



Berharap

Di sini aku masih sendiri
Merenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu
Masih tanpamu

Bila esok hari datang lagi
Ku coba ’tuk hadapi semua ini
Meski tanpamu ouuw wooohh
Meski tanpamu

Bila aku dapat bintang yang berpijar
Mentari yang tenang bersamaku disini

Ku dapat tertawa menangis merenung
Di tempat ini aku bertahan

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku slalu di hatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Kalau ku masih tetap di sini
Ku lewati semua yang terjadi
Aku menunggumu ouuw wooohh
Aku menunggu

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku ada di hatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Ouuw wooohh…


Suara dengarkanlah aku

.tersentuh.
.ya, sungguh aku tersentuh.
.dengan setiap bait-bait lagu ini.

.yang sayu menyatakan hasrat hati.
.untuk terus berharap.
.mungkin pada suatu yang tidak pasti.

.takut terjadi pada aku.
.habislah aku nanti.
.arrggghh.

untuk dapatkan mp3 lagu ini, klik sini

Jul 8, 2010

berhangin

hari yang berhangin


hari ini terasa nak menulis tentang sesuatu yang akan aku coba elakkan dan akan menjadi teladan pada diri sendiri. semua ini dari sudut mata aku dan rakan-rakan.

selak kain.. ah malu!
pelik, memang pelik. ada olang sgt cerdik, cerita semua kelemahan diri secara terperinci kepada org yang memang nak menilai diri kita. dan di penghujung cerita seolah-olah mengali kubur sendiri. idea pelik dan ketegaran serta sombong bodoh membuatkan diri merana dan turut mengheret orang lain turut terjerumus.

bila sudah mula terkambus, org lain disuruh menahan tanah yang jatuh mencurah. percaturan yang silap. ingin menunjuk kebolehan diri dengan cara yang pelik, kerana kelemahan dan kebodohan diri turut terjojol sama.

percubaan kurang bijak
orang sebegini tak susah untuk difahami. suka menonjolkan kesempurnaan, padahal diri sendiri pun tidak pasti dan tak periksa dalam-dalam. dia umpama suka menyelak kain sendiri, sehingga jelas nampak segala kurap dan kutu yang merayau. disangkanya, akan meraih perhatian. tapi silap. kutu yang menari dan kuping-kuping kurap pula jadi perhatian.

dah buat, tak ngaku
tabiat menolak kesalahan diri kepada orang lain adalah suatu yang patut dipandang keji. ada yang telah menjadi mangsa. di mana ekor dan kepala cerita, pun tak diketahuinya. tahu-tahu dijadikan seolah-olah pesalah, padahal di awal cerita dia hanya menghulur dua tangan untuk membantu. keputusan yang dibuat sepatutnya ditanggung sendiri. barulah kelak akan hati2 membuat keputusan. jika tidak selama itu akan melakukan kesalahan dan menyusahkan orang lain.

pedas berbisa
pedas memang pedas. setiap butir kata tak ubah seperti cili api. sinis. sinis sehingga menghiris kalbu. butir kata yang pedas sehinggakan seolah-olah dia tidak pernah melakukan kesalahan. bila terkantoi melakukan kesalahan yang sama, suasana menjadi sepi. tiada bebelan pedas belada. hanya diam tersipu tak tahu malu.

tak sedar diri
patut dimalukan, apabila tiada kelayakan menduduki di posisi sekarang. dan pada yang sama ada hati mengutuk orang itu tidak bagus padahal dia juga pada kedudukan yang sama. gagal dalam mendapatkan kelayakan. mengutuk sehingga menjatuhkan maruah org lain. dia selamat kerana ada yang menjadi benteng pertahanan kuat (olang).

eh2, penakut rupanya
bila diperhatikan ada yang pelik tentang dia. hanya berani berdepan melalui alam maya atau gelombang talipon. bercakap macam nak bergegar bumi. namun, tidak bila bertentang mata. org masuk pintu depan, dia cabut pintu belakang. lebih teruk dan memalukan, tabiat itu diketahui umum. lebih nampak diri itu kurang cerdik, memberikan alasan yang langsung tak masuk akal. tak perlu belajar setinggi menara gading untuk menilai kebodohan pada kelicikan dia. ternyata dia 'bijak bestari'.

pembersihnya, anak sapa nih???
sifat pembersih, menjaga kekemasan, susun atur alat tulis dan kesopanan yang ditonjolkan memang patut dipuji sehingga melambung-lambung. tahap pembersihnya sehinggakan, tempat sendiri ada sawang tepat atas kepala. apa kes! aku selalu kena sound bab-bab nih. cuma tak sampai hati nak sound balik jerk. bila aku pegang dada, sabar itu masih ada.
.
.
.
.
p/s: haha.. selagi tak cederakan aku, lantak ko la..

Jul 3, 2010

umaira + ayie= suka suki

u.m.a.i.r.a + a.y.i.e
di rumah kecil di senawang


.
.
.
p/s: dtg umah ayah ngah lg yurp!!