Jun 20, 2010

8 perkara pantang bagi lelaki

sekadar gambar hiasan

pantang larang ini menarik. bila di fikir-fikir ada juga kebenarannya. baik untuk kaum hawa dalam mengekalkan kerukunan hubungan. pantang larang bermaksud jangan buat atau coba-coba nak buat. kepada kaum hawa, harap maklum. :D

1. Jika anda mahu disayangi sepenuh hati oleh lelaki yang anda sayangi jangan bongkar rahsia diri anda sendiri. Usah beritahu dia ada ramai lelaki meminati anda. Dia boleh bertindak meninggalkan anda ataupun cari masalah dengan lelaki-lelaki berkenaan. Dia boleh anggap anda "buaya" atau "pisau cukur". Tidak mustahil juga dia berasa jauh hati dan merasakan dirinya tiada peluang.


Lebihkan berbicara tentang masa hadapan dan dia sebagai satu-satunya lelaki yang bertakhta di hati anda. Usah banding-bandingkan dia dengan lelaki yang pernah anda kenali. Itu mengundang musibah.


2. Sejahat-jahat lelaki selalunya tetap patuh dan taat pada ibunya. Jdi, jangan gatal-gatal cakap itu ini, begitu begini tentang ibunya. Cakap yang baik-baik tak apa walaupun tak betul. Lelaki mudah lemah apabila disebut tentang pengorbanan ibunya, tetapi mudah lemah apabila disebut tentang pengorbanan ibunya, tetapi mudah marah apabila ibunya dihina walaupun memang benar ibunya jahat.


3. Kenapa suka sangat cerita sejarah silam anda? Tak perlu. Simpan semua sejarah silam untuk diri anda sendiri. Dia tidak ingin tahu semua itu. Setelah anda bertaubat anggap diri anda bersih. Dia juga akan menganggap begitu terhadap anda. Hanya bercerita tentang rahsia anda apabila anda rasakan ia boleh mengintimkan hubungan. Membocorkan rahsia diri bukanlah caranya untuk hubungan yang aman harmoni.


4. Jika dia telah pun bergelar suami, usah sentuh soal kejantanannya yang mungkin telah menurun selari dengan bertambahnya usia. Dia memang tak suka dengar, tak suka bincang dan tak suka berubat. Apa yang anda boleh lakukan ialah carikan penawar dan campurkan dengan minuman atau makanan kegemarannya secara rahsia. Jangan sekali-kali perlekeh dan perkecilkannya. Dia boleh mengamuk gila.


5. Dia tak suka sama sekali jika dipersalahkan, meskipun jelas dia bersalah. Misalnya anda balik kampung dan dia memandu, tiba-tiba dia mengambil jalan lain untuk short-cut, tiba-tiba tersesat dan sampai ke rumah lewat beberapa jam dari selalu. Lalu anda asyik menyalahkannya dan menceritakan hal itu kepada mentua anda, ibunya. Anda sengaja mencari nahas dengan berbuat begitu.

6. Sokong dia atas semua masalah yang dihadapinya, terutama dengan bos, dengan kawan-kawan, bahkan minat dia pun anda perlu sokong. Jangan tatkala dia mengeluh atau mengadu tentang bos atau teman sekerja, anda tokok tambah lagi serta menyalah-nyalahkannya, ini sangat menyakitkan hatinya. Anda tahu apa yang akan dilakukan selepas itu? Selepas itu dia tidak akan bicara lagi dengan anda. Dia akan mencari orang lain untuk bercakap. Jika kebetulan orang itu adalah wanita, akhirnya ada kemungkinan anda dipertandingkan dan dibanding-bandingkan. Bersiap sedialah untuk diduakan, gunakan bahasa paling halus tanpa mengusik sama sekali egonya.


7. Jangan puji lelaki lain di hadapannya. Jika tertarik pun diam saja dan simpan dalam hati. Walaupun lelaki itu seorang artis milik masyarakat, memuji-mujinya secara berlebihan akan mengundang rasa tidak senang. Silap-silap dia akan cap anda "gatal".


8. Lelaki penuh dengan keegoaan, Meskipun dia berpendidikan rendah daripada anda, usah perkecilkannya. Minta pendapatnya selalu apabila nak buat keputusan. Berikan dia kuasa memimpin. Jangan fikir mentang-mentang anda berpendidikan tinggi dan berpendapatan lebih daripadanya, anda berhak bersuara menentukan satu-satu keputusan. Lelaki tetap pemimpin dan hak membuat keputusan terletak di tangannya. Anda boleh memberi cadangan, jangan asyik bangkang.

.

.

.

p/s: credit to buaya merah

dia yang bergelar seseorang buat kita!!!

tanpa dia

"tanpa dia, siapa kah kita?
tanpa dia, bagaimanakah keadaan kita?
tanpa dia, dimanakah kita berada?
tanpa dia, adakah di mana kita berada sekarang?"




"siapakah dia?
dia adalah ayah-ayah kita,
kepada abahku, selamat hari bapa,
terima kasih atas setiap satunya,
membawaku ke saat ini"
.
.
.
.
p/s: abah, viva forover!!

Jun 8, 2010

hey..secret admirer!!

pemuja rahsia

woit, sesiapa yang pernah atau duk tengah menjadi secret admirer terhormat kepada mana2 awek. jom join layan lagu sheila on seven nih. lirik lagu nih mungkin lebih kurang apa yang korang alami selama menjadi seorang secret admirer, meminati seseorang dalam diam.

sememangnya seronok menjadi secret admirer ni, sebab memang kita suka dia.. kadang2 buat kita macam stalker yang sgt menyibuk. semuanya menarik mengenai dia. kerana kita ikhlas menyukai dia. tapi.. baiklah ambil first move yea. malangnya rasa takut kena reject 'kering-kering' itulah yang buat kita berterusan syok sorang-sorang. sadisss sungguh, huh~




anda dilarang meminati hak orang yup contohnya awek org, tunangan org atau bini org. NO, NO, NOOOO!!! minatilah yang single and available aje ok.

sila jangan cari pasal.
.
.
.
p/s: ngeh2x

Jun 3, 2010

hidup umpama roda. setuju??!!

HIDUP


agaknya memang lumrah kehidupan. kita tak selalunya senang. tak juga selalu dlm kesusahan. sedang dalam kesusahan pasti terbit kesenangan. kesenangan tak bererti wang ringgit atau harta yang mengunung, malah ketenangan hati juga satu kesenangan.

dalam memperhatikan orang sekeliling, ada cerita yang nak dikongsikan bersama.

Si A
ada ramai yang dulunya menyangka hidup si A akan susah kemudian hari kerana dianggap tidak berjaya dalam pelajaran. akan memiliki masa depan suram. namun tak disangka, di saat & ketika ini si A sudah memiliki apa yang di idamkan oleh rakan-rakannya. Si A, kini mampu tersenyum riang, mematahkan andaian rakan-rakan dengan bijaksana sekali.

Si B
tak kurang juga yang menyangka, si B yang kurang menarik rupa paras sukar untuk mendapat pasangan hidup. banyak saja tolakan markah akan dibuat ke atas diri si B bila dibuat penilaian. ada saja yang tak kena.. hitam tolak 4 markah, gigi berterabur tolak 5 markah dan rambut kerinting2 bulu kambing tolak 4 markah... & bla bla. sampaikan negatif markah si B bagi ujian rupa paras. tapi siapa kita untuk menilai dan menduga. Si B kini berbahagia dengan pasangannya yang bak rupawan. Kerna bukan rupa paras jadi bandingan, tapi budi pekerti yang menjadi taruhan.

Si C
juga, jgn menyangka Si C yang dulunya bijak dan memiliki kesemua karisma seorg lelaki sejati akan memiliki masa depan yang cerah. oh, tidak sama sekali. bijak dalam pelajaran tak semestinya bijak mencatur kehidupan sendiri. siapa sangka Si C yang dulunya pintar menjadi kesayangan ramai guru, masih lagi menuntut di universiti di peringkat diploma. di saat rakan2 yang dulunya pelajar tercorot sudah pun berkerja 3 tahun dengan kelayakan ijazah. awek yang dulu mengelilingi juga semua cabut lari.

Si D
memang tak sangka, dulunya Si D berpewatakan alim dan menasihati rakan2 supaya mengingati tujuan memasuki menara gading. bukan untuk mencari pasangan hidup dan melakukan maksiat. eh, jangan tak pernah percaya ayat ini keluar dari mulut Si D.. "perempuan ni tiada lain godaan dan dugaan hidup". sampai aku betul2 ikut nasihat dia, tu yang menyolo sampai ke hari ni.

hmmm, tak cukup sebulan keluar kenyataan tu. dia pula yang dulu ada pasangan hidup. siap cerita keseronokan bercinta. keluar pula kenyataan.."bercinta-bercinta jugak, study tetap study".. sampaikan aku cerita kemolekan rupa paras siti nurhaliza, disangkanya memuji kekasih hatinya... siti hajar. Si D siap blushing lagi. loooor.... "ingatkan aku sorang jerk rasa siti (hajar) cute, ko pun rasa benda yang sama yurp" kata Si D dengan bangganya. masalahnya cute kah??? dalam ramai2 geng aku dia lah yang first jumpa awek & cepat jumpa penganti bekas awek. hebat kan???

hidup memang ada pasang surutnya.
manusia juga berubah.
kadang kaya kepada miskin.
miskin kepada kaya. (masuk mlm & skim cepat kaya)
kadang gemuk kepada kurus.
kurus kepada gemuk. (berat badan aku dah naik weiii)
kadang cantik kepada buruk.
buruk kepada cantik.
sebab tu kita disuruh percaya akan qoda dan qada' yang ditentukan.
dan jangan memandang rendah kepada org lain.
siapa tahu dia akan berada di atas suatu masa nanti.
kepada siapa yg belum berjaya, ini mungkin kerna belum tiba masa anda.
berusaha & hari anda akan tiba pula.

sekian, bebelan malam ini.