May 28, 2010

hari terakhir bujang buat housemate!


~selamat pengantin baru~

selamat pengantin baru buat housemate aku yg bakal mengakhiri zaman bujangnya malam ni. mungkin.. sekarang tengah praktis lafaz akad. hafal sekali surah2 ringkas dan doa qunut. gud luck malam ni dan untuk malam tersebut. :D

seminggu yang lepas asyik tersenyum sorang2. lain macam sikit gayanya. semoga kesenyuman kebahagian berkekalan sehingga akhir hayat kalian.

lepas ni boleh la angkut barang ko pindah ke rumah sewa baru selang 2 rumah dari rumah sekarang. sekian sahaja. jumpa esok. oooo... ko sedap2 seronok2, kitaorg dpt isi perut ngan penat jerk. hahaha. terima la lagu selamat pengantin baru ni.

yeaahhh!!! lepas ni aku duk sorang balik.




.
.
.
p/s: me? no progress!!

May 22, 2010

ular besaq

ular sawa saiz gaban


sekadar berkongsi video kegemaran. besar sungguh ular sawa ni.



besar sungguh kan?!!
.
.
.
.
p/s: takutnya~

May 21, 2010

wow factor!!!


~WOW~

cuba jerit 'wow' dengan perasaan kekaguman. mesti sebatu jauhnya boleh dengar jeritan "woooooww!!!" itu.

haa, anda perlu mempunyai sesuatu untuk org lain meng'wow'kan anda. dalam kata lain kagum dengan anda. terutama sekali pasangan anda. anda perlu membuat pasangan anda mengagumi anda, selalu dan setiap masa.

untuk itu ada perlu memiliki beberapa faktor wow!!!. berikut adalah antara faktor2 wow yang telah dicatit dari syarahan panjang lebar dari penceramah bebas pemasalahan cinta & rumahtangga, Dr. Mong (bukan nama sebenar).

"pasangan perlu jatuh cinta kepada kita setiap kali bersua atau melihat wajah kita, barulah sesuatu hubungan itu kekal selamanya"- Dr Mong

Menurut Dr Mong, pasangannya menyatakan sering jatuh cinta setiap kali berjumpa dengan Dr Mong. Ini terbukti melalui komen2 pasangannya di facebook. Komen2 tertera membuatkan kita merasa Dr Mong betul2 romantis & memiliki banyak faktor wow!!!. Usia hubungan mereka juga hampir mencecah 1 dekad.

Dr Mong telah menyarankan supaya menjadi lelaki yang wow!!! kepada pasangan atau bakal pasangan (bagi yang single aka tak laku) masing-masing. Untuk menjadi lelaki yang wow!!! anda perlulah:-

1. mengambil pen dan kertas untuk menyalin tips-tips berguna ini.

2. menumpukan sepenuh konsentrasi setiap tips yang diberikan.

3. tunjukkan sikap tanggungjawab terhadap keperluan asasi pasangan anda. anda perlu memastikan benda2 asas seperti makanan & pakaian ditanggung oleh anda. Jangan sesekali membiarkan pasangan anda membayar untuk makanan atau pakaian. Untuk hiburan seperti menonton wayang bolehlah disharekan bersama-sama. Jika pasangan tidak sudi, anda perlu membayarnya tanpa tolenrasi atau tawar menawar.

4. zahirkan rasa tanggungjawab akan keselamatan & keselesaan pasangan anda. di sini anda perlu memastikan keselamatan pasangan anda dengan menghantarnya ke pintu rumah. Nyatakan bahawasanya hati anda akan senang jika melihat dia selamat memasuki rumah.

5. menjaga penampilan dan kebersihan diri. benda paling penting, ada perlu mengosok pakaian sebelum keluar bersama. dan memastikan bulu hidung tak terkeluar dari sarangnya.

6. membuatkannya gembira dengan lawak2 sengal anda. lawak perlu bijak dan berjaya menyentuh sensor kegelihatian pasangan anda. bagi tak pandai berjenaka, anda bolehlah menonton cerita2 komedi untuk mendapatkan idea2 bernas.

7. selalu berkongsi cerita dengan pasangan anda meskipun mengenai penemuan tahi hidung berbulu dijari telunjuk anda.

8. membuat kejutan yang romantis. seperti menghadiahkan sesuatu yang amat menjadi kegemaran pasangan anda. contohnya, classic cheese dari secret recipe.

9. meluahkan kegembiraan anda setiap kali bertemu dengan si dia. nyatakan rasa tak puas berjumpa dan rasa rindu yang membuak-buak di dada anda.

10. tunjukkan kebijaksaan anda menangani sesuatu kejadian atau situasi. tunjukkan betapa coolnya anda disaat itu. ini memang akan memberi keyakinan kepada si dia untuk terus hidup bersama anda & mungkin jatuh cinta kepada anda sekali lagi.

11. sesekali tunaikan keinginan pasangan anda terhadap sesuatu barangan kesukaanya. contohnya, beg tangan atau kasut tumit tinggi. ini membuatkan si dia yakin bahawa anda betul2 mencintainya. jangan lakukan selalu, nanti menanggung hutang kad kredit yang tinggi. ahakss..

12. menjadikan si dia tempat anda mengadu nasib, kesusahan dan kepayahan. pastikan yang berat2, yang ringan2.. sorok sorang2... nanti si dia menganggap anda lemah. gunakan ayat2 yang sedih2 supaya anda mendapat bantuan atas kerelaan si dia. si dia juga akan merasakan dia penting dalam hidup anda.

13. tunjukkan sifat kebapaan anda. anda hanya perlu tunjukkan rasa senang anda melayan kerenah anak-anak kecil. dilarang mencubit anak-anak kecil sewaktu ibunya hilang seketika. ada perlu ikhlas. ada bolah menyatakan melalui kata2 juga, "saya suka la budak2 kecik ni... tapi sampai dia boleh bercakap jerk. lepas tu dah tak suka!!"

14. buatkan pasangan anda bangga memiliki anda. pasangan Dr Mong berbangga mengakui Dr Mong adalah kekasih hatinya apabila ditanya oleh orang yang tidak dikenali.. "eh2 awak.. macho la mamat tu kan??"... "ooo, dia la boyfren saya".. sambil lubang hidung kembang kempis.

15. menjadi diri anda sendiri. anda tidak perlu sembunyikan kelemahan diri yang tak menyentuh soal tanggungjawab anda. contohnya, kelemahan anda untuk tidak kentut berbau. anda hanya perlu berkongsi aroma itu bersama2 si dia.

16. untuk menjadi wow!!!, anda perlu amalkan semua di atas.
.
.
.

p/s: terima kasih Dr Mong. Nasihat anda akan digunapakai jika sudah berjumpa si dia yurp.

May 16, 2010

karangan kategori A+

.
.
.
p/s: cikgu2 sekalian, selamat hari guru!! byk2 bersabar yea~

May 15, 2010

uniknya manusia..

ajaibnya kejadian manusia, besarnya keagungan Allah



manusia mmg unik,
apatah lagi perangai, mmg unik..

ada akal tapi jarang digunakan,
ada hati tak tahu pula menilai.

aku manusia,
aku juga sama..u.n.i.k
bluweek!!


May 8, 2010

selamat hari ibu!!!

~SELAMAT HARI IBU~

selamat hari ibu buat semua ibu2 di dunia, spesel skali buat ma puan zaiton mahmood. terima kasih atas segala-galanya dan semoga terus menceriakan hari2 kami!.. dulu waktu aku ngan adik beradik yang lain kecik, amboi bukan main garang.. cubit ketam dia paling kami takooot!! skali kena ngappp.. terus teresak2 kesyahduan. bila dah besar sikit, baru cool & sporting morting (kata ganda berirama). sempppooooi!! cayalah!!

utk ma saya ngan ibu, ma, mak, ummi, mama dan mummy skalian, terima v.t ini.
khas buat kalian. l.o.v.e~



~inilah ma saya~
bukan makcik yang kanan tu yurp, yang kiri itu barulah ma saya.
sekian..
.
.
.
.
p/s: kuikui!

May 5, 2010

link citer korea



pengumuman2x!!!: sesiapa yang suka, gemar atau minat nengok drama korea malah sanggup berjaga malam... ada link atau website utk tgk online drama2 yang best2.. aku mcm biasa ar mesti pilih genre romantik komedi tak pun genre kekeluargaan. link disenarai-kecohkan ini mengikut susunan paling best gua cakap lu yurp...!! yg paling best semestinya cepat, quality gambar cantaaaaik & ada subtitle yg jelas dan tepat pada waktunya!

1. dramacrazy
gambar clear dan tak sangkut2.. best!!!!

2. asizia
banyak drama best2, gambar boleh tahan ar..
loading pun agak memuaskan.. nak cepat!! bukak awal2 smua episode plan nak tengok. gunakan saja "open link in new tab".

3. mysoju
hmm... menjadi medan aku tgk cite YOU ARE MY DESTINY sebanyak seratus lebih episode. marathon sampai lebam.

4. crunchyrolls
ok-ok aje la.. lambat. betul2.. menguji kesabaran.
list drama tak updated. tapi anime mmg banyak giler2!!

5. tak payah beri
cukup2 ar.. tak terdaya dah korang nak tengok semua diatas..
.
.
.
p/s: tension.. ada sorng umat tu tak pulang2 vcd cite korea aku..!!!

May 3, 2010

COrat COret KURsus KAHwin -2

kawen bukan sekadar seks


dua hari berkursus terasa mcm dua minggu jerk.. tu bila time dalam kursus yg penceramahnya mcm dodoikan kami utk tidur. tapikan kebanyakan penceramah yang best semua pompuan. kenapa yup? ada yg siap sebut nama lagi. tapi nama bapak aku, fauzi. maklum ar duduk paling depan. aku jadi mangsa ditanya soklan2 cepuk-emas..

mcm2 reaksi peserta nak hilangkan ngantuk. nak cerita pun tak abis. aku? ni apa yang aku ngan budak sebelah aku buat. boleh dijadikan petua utk hilangkan ngantuk. haa.. boleh ar sapa2 yang sudi nak amalkan. sila ambil pen dan kertas yurp!!

petua hilangkan mengantuk
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1. berinteraksi dengan rakan sebelah menyebelah. melalui sms atau memo.

"yang tunang aku pegi best gak, open minded-"

2. berkarya, keluarkan bakat terpendam~

..lukisan yang cuba provoke aku, tapi tidak berjaya..

contengan abstrak!! bluweekk (muntah hijau)


3. makan makanan

carilah makanan yang keras diluar cair dimulut.
kemam lama2.. haha


4. puji diri sendiri (perasan)

bagi semangat kepada diri sendiri!
(aku budak kacak)


5. buat benda2 tak senonoh..

contohnya: belai bulu hidung!! ee.. yerk!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
dengan adanya bantuan2 di atas, dapatlah tumpu pada ceramah dan ilmu terus masuk kedalam otak. antaranya adalah:-

sesi 1: akidah
oleh: ust. rashid

akidah perlu teguh setiap masa. pegangan kepada Allah s.w.t sewajarnya kuat.
ust. ni ada cerita kisah benar pasal lelaki yang suka mengelak tunaikan ibadah dengan alasan uzur. setiap hari uzur. men'copy'kan jawapan kaum hawa konon2nya. sebgai balasan, darah keluar dari kotenya tanpa henti. tak ubah seperti haid. ust. tu guna perkataan kote disitu yea rakan2. nasib baik takde kote2 yang menyahut
.. huhu malunya~

sesi 2: ibadah
oleh: ust. hisham

hmm... pasal ibadat2 penting seharian. solat, puasa, istinjak and so on la yurp..

sesi 3: akhlaq suami isteri
oleh: hjh shamirah

time ni la dpt cerita siti & abg taib. suami perlu bertindak sebagai khalifah. isteri senang masuk syurga, mereka hanya perlu taat pada suami & Allah. suami lebih susah nak dpt tiket ke syurga.

suami perlu jaga "tabung emosi isteri". duit isteri adalah haram diambil tanpa rela si isteri. setiap sen dikira haram. isteri juga perlu paham, kehidupan rumahtangga perlu berkongsi segalanya. tang sedap nak sama2, time susah.. oooooo!. haaa, jangan kedekut2 yea kaum pompuan!!.

sesi 4: hubungan keluarga
oleh: ust. mahmud

bagaimana membentuk keluarga bahagia. zuriat yang baik dari air mani yang baik. perlu mendidik zuriat dari peringkat berjimak lagi. buat dalam selimut. baca doa. tak hafal, sila photostat dan tampal kat kepala katil. peringkat mengandung pula perlu dibacakan AQ kpd baby dlm pewroot. dan seterusnya. perangai zuriat adalah 50% daripada cara didikan ibu bapa.

sesi 5: perkahwinan & prosedur.
oleh: ust. radzi.

cerita ceriti pasal borang2 yang nak kena isi. bosan den. den lambat lagi. fokus cr calon dulu!!.yang penting pasal wali. wali perlu ikut keutamaan. tak boleh main sebat jerk!!
pertama: ayah..
kedua:datuk sebelah ayah..
ketiga: adik beradik.. dan seterusnya~

sesi 6: kesihatan
oleh: pn. hapsah

makan ikut piramid makanan. bersenam. amalkan cara hidup sihat dan tidak melakukan seks rambang mambang. sihat dr segi tubuh badan, mental & sosial yea rakan2.

faedah breast feeding:

1. cepat kecutkan rahim
2. cepat mengembalikan bentuk badan.
3. meningkatkan imunisasi bayi.
4. senang dibawa ke mana2, tak perlu dibancuh.
5. berkhasiat!!
6. lemak berkrim (aku tambah!! hahaha)

sesi2 seterusnya.. akan bersambung!!..
tak tahan ngantuk mata hitamku dah ni!!
.
.
.
.
.
p/s: bagi semangat utk korng cepat2 kawen!!



May 1, 2010

COrat COret KURsus KAHwin

mmg gambar hiasan

hah?? aku pergi kursus kahwin!! dah nak kahwin ke?? dah ada calon ke??.. tu, semua soklan yg keluar bila aku ckap pegi kursus kawen di saat org sambut hari buruh. di saat ramai amik peluang utk duk bersantai2 kat pd. aku beriya gi kursus kahwin.

ramai yang pelik. siap ada yang terasa hati sebab tak dibagi-tahu berita yang 'bagus' & panazzz ini. aku pergi sebab kna paksa rela dengan housemate aku yang nak kawen hujung bulan ni. ayat2 dia nak suh aku pergi telah berjaya buat aku join kursus ni. antara.. 'ko jgn jadi mcm aku, dekat2 nak kawen baru kelam kabut'.. lagi.. 'sementara lapang nih, baik ko pergi'..lagi..'sekarang ni dua hari, mana tahu nxt time dia buat 4 hari.. mcmn?'..lagi.. 'bila dah kursus, bila2 masa ko boleh kawen'.. lagi yang tak boleh tahan.. 'weh, aku dah check kat online ada terlebih sorang peserta perempuan.. mungkin tu jodoh ko. pergi ar dowh..!!'. tapi aku pergi sebab aku rasa baik pergi sebelum kursus ni diperketatkan lagi.. maksud di sini dilanjutkan sampai 3-4 hari... sangap pula nati!!.

antara benda2 baru yang aku belajar hari ini adalah:-

1. ketaatan isteri pada suami

antara intipati: sang isteri wajib taat kepada suami selepas berkahwin. perlu minta izin setiap sekali keluar rumah. meskipun terdapat kes2 kecemasan seperti kematian ibu bapa, selagi tidak mendapat keizinan suami untuk keluar rumah menziarahi jenazah. kegagalan utk patuh adalah suatu dosa besar.. BESAR ok.. :D

sang isteri perlu taat selagi tidak merosakkan akidah & nyawa. contoh yang diberi ustazah pun menarik.. buat aku pecah peroooot.. azim tak abis2 perli, sonok nmpk.... kata terpaksa!!. eh, suka hati perut limpa aku ar nak ketawa kui kui..

lebih kurang mcm ni ar cerita dia yang telah diolah sedikit (byk sebenarnya)~

kisah siti yang taat..

sedang hencek taib menonton buletin terkini. tiba2 dtg puan siti, meminta si suami belikan tepung untuk membuat cikodok pisang.

"bang, saya nak buat cikodok pisang. pisang yang bw dr kampung dah naik lebam dah. tolong belikan tepung yup.." pinta siti

"haa, skang ke?" taib minta pengesahan...
siti hanya menjawab dengan mengangguk sahaja tanda ya..

"ok abg pergi skang, sepanjang abang gi kedai.. abg nak ayang JGN KELUAR RUMAH & BAGI SESIAPA MASUK.." pesan taib..

"baik ar bang" jawab siti ringkas lg padat. hencek taib terus menukar uniform tido ke uniform pasar dan ke kedai sejurus kemudian..

siti masuk ke dapur dan terus memulakan proses membuat cikodok. sedang melenyekkan pisang. kedengaran jeritan puan jenab sebelah rumah di depan pintu rumah....

"siti, siti... oooooo... siti!!!!!" pekik jenab. sambil berkata.. "pekak badak ke apa jiran aku nih" didalam sanubarinya yang terdalam & tak terselam itu..

"yea.. jap2!!" sambil mengesat tangan pada apron ber'tahi lalat'nya.

"haaa, kak jenab.. ada pe?" tanya siti

"ni haa... ada karipap untuk korg laki bini".. jenab menghulur sepinggan karipap sambil tersenyum lebar. mungkin pertama kali percubaan membuat karipap berjaya.. senyum bangga!!

siti membuka pintu grill, menguak sempit sekadar lepas2 pinggan karipap itu..

"eh, kot ya pun bukak la pintu luas... mcm tak nak bagi akak masuk ajerk" jenab terasa hati.

"AKAK, ABG TAIB PESAN JGN BAGI SESIAPA MASUK DAN JANGAN KELUAR RUMAH. mahap yea" beritahu siti kepada jenab. (TAAT KEPADA SUAMI DI SITU!!!...yea rakan2)

"klu macam tu akak balik dulu ar. dah rasa karipap akak nati, bagi la markah yea" jenab pun pulang ala lengang supermodel nasha aziz.

siti terus meluru masuk ke dapur menyambung tugasnya.

sedang melenyekkan pisang.. hati siti berbisik.."hmm, lamanya laki aku ni pergi kedai"
sementara pisang dilenyek, dia menjarang air..

tiba-tiba, berlaku kebocoran gas dan telah menyebabkan kebakaran kecil. siti panik lalu cuba melawan api yang mula marak itu. namun api semakin marak.

kebakaran itu disedari oleh jiran tertangga lalu lantas menelefon bomba. risaukan keselamatan siti, jiran menyuruh siti keluar menyelamatkan diri. puan jenab paling lantang menjerit...."sitiiiiiiiiiiiiiiiik, keluar selamatkan diri!!! akak dah panggil bomba".

siti yang dah tak terdaya melawan api.. membalas "tak boleh!!! abg taib tak izinkan saya keluar umah.. hoho"

"aku mesti taat pada suami biar apa pun terjadi. mesti abg taib kagum, akulah isterinya yang patuh dan solehah.. dunia akhirat." rintih hati siti.

bomba tiba selang 5 minit, lalu cuba menyelamatkan siti. cuba masuk menyelamatkan siti. keadaan betul2 cemas ketika ini. jiran pula cuba menelefon taib. tapi tidak berangkat. mungkin tertinggal hset dlm rumah.

api makin marak. bomba cuba memasukki rumah dengan mengupil pintu grill. tetapi siti menghalang.."jgn, abg taib tak benarkan org masuk!!!" jerit siti lemah.

jiran2 hanya mampu mendoakan keselamatan siti. jeritan siti sudah tidak kedengaran. bomba akhirnya berjaya memadam kebakaran selang 30minit.

alangkah terkejutnya abg taib melihat keadaan rumahnya. bungkusan tepung ditangan terlepas ke bumi. laki puan jenab cuba menenangkan taib.

"sabar taib.. sabar, isteri kamu isteri yang patuh.. taat pada kamu" pujuk laki jenab.

taib terus mencari siti.. "mana? siti? ayang..."

hati sayu melihat isteri yang terbaring kehangusan. garing...

disaat itu, siti telah tiada dan menjadi roh. siti berada ditepi jasadnya yang rentung. menanti...suaminya kagum melihat kepatuhannya...

"hmm, hangus!! sob sob.." esak taib... hnssh.. hnsshh..
"hmm, ALAHAI BANGANGNYA ISTERI AKU NIH!!!" adu taib..

"abang sampai hati tauuu!!!" jerit roh siti..

cukup setakat ini.. banyak lagi input yang dpt sebenarnya.. cuma tak larat nak taip buat masa ini.. may be akan ada sambungan~
.
.
.
p/s: tiba2 rasa nak cepat2 kawen.. uhuksss