Apr 29, 2010

aidilfitri di bulan april

hari ini, hari 'raya'



..hari ini.. bukan hari biasa,
hari lain..mcm dan mmg biasa..


..hari ini.. semua sibuk lain macam,

hari lain.. si sibuk dan si buat2 sibuk senang je nak cam,

..hari ini.. semua sibuk men-touch up kawasan,
hari lain.. nak bagitahu pun segan..

..hari ini.. semua bergaya bagai,
hari lain.. hanya kusut masai..

..hari ini.. ada wanita berlipstik merah,
hari lain.. hanya ada wanita tak tentu arah..

..hari ini.. ada bunga daisy pink cerah,
hari lain.. bunga palsu berhabuk & merekah..

.. hari ini.. ada kek buah kat atas,
hari lain.. ada kek buat tak ikhlas..

..hari ini.. adakah hari raya?,
hari lain.. takda audit rupanya..
.
.
.
.
p/s: gud luck yea rakan taulan..!!

Apr 27, 2010

penat dengar nasihat


PENAT SUDAH
hmm, penatnya mendengar nasihat yang berbaur melemahkan motivasi aku dan buat aku naik angin. rasa macam nak meletup pun ya. nasib baik sabar ni ada lagi. lebih baik mengalah dari bermasam muka dan benci membenci tapi teknik kutuk2 belakang tetap diamalkan (normal).

nasihat demi nasihat diberikan. rasa penat nak mendengar pun ya. dan konsep yg muda mesti mengalah juga seakan tak boleh diamalkan selalu. yang salah kena mengaku salah! tak kira la diri tu muda atau tua. nak seronok kena ar berkerjasama. baru aman sentosa.

nasihat tu semuanya berguna kalau aku bertangan enam atau boleh di belah2 atau ada pembantu kiri kanan tepi belakang. selagi tangan aku ada sepasang, aku akan lakukan sedaya aku. nak nasihat lebih2, kita tukar tempat. deal!!! rasa ar ko?!!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
.
.
.
.
p/s: walau suasana menekan, senyum harus terukir...

Apr 19, 2010

ice bear..

utk nk tmbh entry aku bulan ni, aku masukkan video yang aku rasa best yea. video ini telah dikongsikan masa training hari ni... byk yang tersirat dan tersurat kata trainer dengan yakinnya. ktorg minta tayang lebih byk lg video clip.. boleh! dgn syarat kena invite dia, en. KD bg training lagi.. plus apa kan daya masa terlalu cemburu dengan ke-aktif-an ktorg dlm memberi respons kpd trainer.. dah tahap hyperactive dah... pepehal..... lepas ni tambah lagi beban kojo den... gaji bagaimana? takkan tak naik kot...! bonus???!

enjoy the video clip.. yeay!



apa pengajaran yang korang dapat...? haaa yang di belakang tuh.. (ala2 en. KD pulok)..ok, cik lisa (sebenarnya haslina a.k.a my dear girl).. pdhal 10x bagitahu nama..
..hahaha..
.
.
.
.
p/s: berkojo la sekueknya...

Apr 16, 2010

bukan aku ckp, nik aziz yg beritahu begitu

klik pd gambar utk besaukan!


sekadar berkongsi gambar yang sempat dirakam dari papan kenyataan sebuah masjid di pantai cahaya bulan yang dilanda masalah hakisan yang melampaui batas benteng. kini siapa yang bermandi mandi disitu hanya untuk menempah maut dan siapa yang main tepuk2 manja air di pesisiran pantai, anda pun dua kali lima sahaja... menempah maut.

paling penting, artikel itu bukan dikarang oleh aku, tapi ditulis dr komen tok guru nik aziz. penulis "sia2 ada otak" masih dalam siasatan pihak berkenaan. pucuk pimpinan masjid tiada kaitan dlm penulisan ayat berkenaan.

siapa yg hisap rokok, mesti tertelan air liur.. tersentap dan terkesima dengan teguran nik aziz ni.. harap maklum dan mahap.
.
.
.
p/s: hisap straw dpt teguk air... hilang haus :D

Apr 14, 2010

kebencian yang meluap-luap


perasaan benciku hari ini meluap2 seperti air yang mengelegak dan sudah mencapai tahap takat lebur besi pun. terjadi hanya jika:-

satu
menjadi mangsa pilih kasih. apa2 jerk yang dibuat ada saja yang tak kena. ada saja cacat bin cela bin terencat.

dua
berhadapan dengan mereka yang mengutuk org lain, padahal diri sendiri sepuluh kali ganda lagi teruk dan sememangnya terkenal dengan keterukan itu. hanya kerana dia dilindungi oleh kuasa besar.

tiga
org yang bercakap sebelum berfikir. dah terlajak kata org lain jadi mangsa.

empat
tak suka org yang suka announce kesilapan yang tak merugikan ekonomi negara dan menjejaskan imej bendera malaysia pada khalayak umum. padahal org itu mempunyai pangkat dan kedudukan. melihat musuh bertepuk tangan kegembiraan jua satu kebencian.

lima
mereka yang ingin memberi hukuman kepada pesalah, padahal dia melakukan kesalahan yang sama berulang kali maka dia juga pesalah. terlepas hanya kerana dia 'special' . tak suka akan ketidakadilan ini.

enam
sengaja mencari kesalahan org lain sehingga lubang cacing hanya kerana ingin menjatuhkan org lain.

tujuh
bercerita tentang keburukan org lain berskandal padahal dia melakukan kesalahan yang sama pd usia yang lebih lanjut.

lapan
berani melontarkan kemarahan, ketegasan melalui melalui alat komunikasi (email dan telepon) tetapi tidak bila berhadapan empat mata. org datang pintu depan, dia kuar pintu belakang. KECUT!!!!!

sembilan
menjadi mangsa keadaan org2 yang tak bertanggungjawab utk org melepaskan tension juga menjadi kebencian untuk aku.

sepuluh
benci terpaksa mendengar pendapat dan pandangan org yang TAHU ckp sahaja.

sebelas
terpaksa bagi sindiran bukannya sound direct kepada org yang aku tensionkan. ya aku penakut.. :-(

dua belas
menghadapi semua yang aku benci dalam masa SATU (1) HARI.

tiga belas
berkongsi kebencian aku dengan org lain. luahkan perasaan kat blog :P

empat belas
buat list benda2 yang aku benci dan lebih tension lagi ada kebencian yang aku lupa ar.. so tak bolehlah aku listkan semua di sini..

lima belas
menghadapi hari2 yang seolah-olah macam telenovela. hahaha..
.
.
.
.
p/s: sabar kena lebey..!!!



Apr 11, 2010

Yang Terindah

Yang Terindah

merupakan soundtrack filem i'm not single dan drama adamaya. mungkin ada yang dah tahu pasai lagu nih.. sebab dah lama. aku tahu sbb tertengok cite adamaya di suatu petang lepas balik keja. balik keja selalu lewat, mmg tak sempat layan ar drama ni. hari tu jerk kebetulan. alamak! nak kena balik awal lepas nih.. best tgk lisa surihani (comel+sengal2)~

dah melalut cite pasal aku dan kerja pulak. balik ke topik asal. lagu ni menarik.. bait2 dalam lagu ni memang best. tak caya jom layan sama. siap ada lirik lagi..!





best kan? cakap ar best weii!!! siapa berminat nak download lagu best ini sila klik disini.
.
.
.
.
p/s: arrghhh... bestnya~

Apr 10, 2010

fakta atau auta

hmm.. yg mn satu nih?!


"fakta atau auta". begitu ar tajuk dari email yang diforwardkan kepada aku.. aku sengih2 sendiri bila baca2 isi kandungan email itu. terus terfikir nak jadikan entry dalam blog nih. tak tahu la ape respons korang, yang penting baca dulu ya.. pastu decide FAKTA atau AUTA. yang pasti ATAU bukan jawapannya..



1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan
api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air
sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air
sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu
cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnyaselama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan hartadunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.


haa..senyum sorg2 dah...! kantoi disitu~
.
.
.
p/s: mcm auta, tapi fakta sebenarnya!

Apr 9, 2010

6 sekeluarga terbunuh satu kritikal


mcm2
hari ni dtg awal ke tempat kerja. seawal kul 6.30pg dah keluar umah, gara2 ada customer visit hari nih.. tapi masuk kilang kul 7.30pagi gak sebab g melantak roti canai dulu.

sambil2 tunggu roti
canai siap, telefon abah aku. niat sebenar nak tanya road tax keta aku yg nak mampus hujung bulan ni. selalu amik ngan member abah aku je. bukan ini ceritanya, ceritanya apa yg kami borakan...

ikuti siri borak bapak dan anak soleh ini!~ dialihkan kepada bahasa malaysia standard rojak style.. takut tak paham~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

[di suatu sudut penjuru di warung roti canai]

anak
soleh:helloo.. assalamualaikum..

bapak: haa.. waalaikumusalam..


anak
soleh: saja jer nak telepon nih. ada info terkini ke?..

bapak: dah tahu ke berita nih...

anak
soleh: A nak kawen ke? dah tahu tuu..

bapak: ooh.. tu eyoh dah tahu..


anak
soleh: gapo? wat po? (apa?kenapa?)

bapak: tak tengok berita ke?


anak
soleh: pasal ape?

bapak: ada 6 sekeluarga terbunuh, satu kritikal sbb kena rompak..!


anak soleh: haaaaaaaaaaaaaahhhhh!!! kat mana? (risau dkt2 umah jerk)

bapak: belakang umah jerk..


anak soleh: terdiam.. (risau yg terpaling amat sgt) betul ke?

bapak: haa betul!


anak soleh: ish, abah kena pastikan umah berkunci selalu..bahaya!~ kena psg kunci banyak2.. bila jadi ni?

bapak: rasany tgh malam tadi..


anak
soleh: sapa jumpa..

bapak: abah ar...


anak soleh: ishh (gelabah giler..)

bapak: haa.. abah keluar umah jerk dah jumpa 6 ekor PUYUH dah terguling dalam reban, sekor lagi dah parah tahap kritikal...

anak soleh: bengang~

bapak: rasa nya dah tokleh wat pe2 lagi dah.. memang mati jugak tuu..


anak
soleh: laa... suspens jer lebih... apsal..

bapak: anjing nak amik telur puyuh, tak pun saja nak buat kenat (khianat).

anak soleh: hmm terjejas la pendapatan faiz...hahaha

bapak: jadi tak gi kursus kawen...? (bukan aku nk kawen ok, housemate ajak join kursus)

anak soleh: tak, tak tahu la bila pulak.. housemate yg arrange..

bapak: kena la amik kursus kawen..sbb klu dah amik tak lama lagi ar tu..

anak
soleh: calon pun takde lg.. watpo?

bapak: alah, mcm amik ijazah.. dah dpt ijazah br sibuk cr keja.. org pun nak amik kt keja..
amik kursus kawen pun sama gak..

anak soleh: boleh pulak mcm tu?!! (kreatifnya bapak aku buat perkaitan) nak menantu abah kena cr ar (saja jer buat ayat sedih)..

bapak: hmm... tak leh harap abah sorg, eyoh kna cr sendiri..

anak soleh: cmne.. umah-kilang-umah-kilang

bapak: yea la... abis boleh ar gi peksa ptd..?


anak soleh: tak gi...kna g training..

bapak: hmm.. takpe ar.. takde rezeki.. nati ada tu rezeki esok lusa..


anak
soleh: mudah-mudahan...

[roti canai sampai]
bapak: duk mana tu?


anak
soleh: kedai roti canai..

bapak: aa.. makan ar dulu..


anak soleh: assalamualaikum..

bapak: haaa.. waalaikumussalam.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
.
.
.
.
.

p/s: menaip entry ni sambil berwebcam ngn family dikampung~ aku mahu pulang!!!! umaira takut tgk muka aku.. hahaha scary kah?!!

p/s/s: soleh la sgt!!

Apr 4, 2010

confident=condifent?!

entry ini special utk x-opismate aku @ kawan baik aku..
aku dedikasi utk dia..
-dah rasa nak gelak, muahaha-


dia seorg yang biasa-biasa jerk. dia nampak serius hingga org ingat dia minah sombong. muka nak ganas jerk kat tempat kerja lagi2 bila berurusan dengan org bawahan.. dia masih boleh buat muka kerek meskipun 'kerang' depan kasut dia sudah ditampal dengan double side tape saja. tak sapa yang tahu, kecuali aku & azim.

tapi sapa yang dah kenal dia, baru tahu dia baik + kelakar + berkeyakinan tinggi + suka bergaya+ kuat mengata/berkata-kata + sukakan gosip kilang. mula2 aku pun anti ngan minah ni... lama2 baru tahu dia pun sama2 sengal, selama ni dia cuba sedaya upaya utk mengontrol cun sj.

tak tahu kenapa nak menulis pasal dia. sebab keadaan engineering room tak seseronok dulu. sorg demi sorg mencabutkan diri. semua nak buat muka ketat jerk. :( .

teringat plak pasal sifat keyakinan dia yang tinggi dlm berucap atau bila mana dia bukak mulut untuk berkata. antaranya:-

perkara 1: istinjak

engineering room
minah: (sambil belek2 novel pasal agama~)

mamat 1: waa ***a bagusnya bc novel pasal agama..tgk!

minah: aku suka baca buku2 macam nih..(sambil hulur buku)

mamat 1:waa.. pasal istinjak pun ada...

minah: sepanjang umur hidup aku tak pernah beristinjak!
mamat 2: hah, giler ko... hahaha
minah: dah ada air buat ape nak guna debu pasir??! (condifent di situ)

mamat 1: tu tayamum arr...
mamat 2: budusss2x.. hahaha


perkara 2:
wira=waja

nak keluar lunch, terpandang keta bos minah... waja evo

mamat 1: ish, beriya giler bos ko modified keta..
mamat 2: dah ar keta proton tapi tampal mitsubishi...
minah: biar ar dia... dah minat dia..
mamat 1: bhaya dowh, klu bw laju sket buleh nak ke bulan..

minah: hahaha
mamat 1:haha
mamat 2: hahaha
minah: power gile boleh tukarkan wira smpai jadi mcm tu..

mamat 1& 2: hah???!! waja kot..
minah: wira arr...jap aku tanya b***

minah:kita nak tanya ni.. keta bos wira kan..?(condifent betul)
b***: waja la...

minah: kita rasa wira laa....

mamat 1&2: hahahahaha


perkara 3: char kueh

dlm myvi putih
minah: weh nati ko berenti kat simpang tu..
mamat 1: kat mana?
minah: tmpt org jual char kueh tiow tu.. aku nak makan dalam kereta..

mamat 1: char kueh laa...hahaha

minah: eh mamat 2, char kueh tiow kan? (minta sokongan)
mamat 2: hmmm.. (confius)
mamat 1: char kueh laa...ya Allah!!

minah: char kueh tiow ar..
mamat 1: char kueh tiow tu basah2 ar..

minah: tak pe, kita tgk ejaan kat warung tu.... (confident di situ)
sampai kat warung tu... minah: haaa.. tgk!!! gurlllp2x
mamat 1: ko reti eja ke tak??? hahaha

mamat 2: hah???! (bluurrrrrrrr~.... smpai kat umah baru paham)



banyak lagi nak cite pasal kesengalan minah ni.. tapi dia tetap nak control cun.. lebih2 lagi bila jumpa lelaki handsome. lg2 kalau kutuk2 dia time minum ngan lelaki scandal dia... time depan laki tu... amboi bukan main lagi sopan santun dijaga... tutur kata teratur.. tapi last2 didowngrade kan oleh mamat 1 dan mamat 2... nasib ar, ajak kitaorg sangat. skang dah bertunang dah dia.. konfident lak nak kawen 11-11-11... takut 10-10-10 jerk.. tunggu ajalah nasi minyak dia..~
.
.
.
p/s: minah2x... lama tak jumpa ko..

Apr 1, 2010

easy to talk!


easy to talk!
~senang utk ckp~

lebih baik diam klu hanya tahu bercakap saja dan tak tahu buat.
klu tahu bercakap dan ringan tulang belulang, silakan jangan berhenti bercakap. tapi kalau banyak bercakap benda2 yang nampak gempak klu menjadi tetapi tak tahu mcm mana nak bikin.. baik DIAM. tampal mulut pakai tape.

tak tahu knp nak bebel pasal benda nih. mungkin sbb kebelakangan ni banyak sgt dengar kata2 dari mereka yang tahu cakap sahaja. lagi tensen bila dengar permulaan ayat yang berbunyi lebih kurang macam ni "kalau aku jadi kau, aku akan buat...." atau "eh, kenapa ko tak buat mcm nih??" atau "kau kena utamakan mana yg penting dulu, senaraikan"...

tak salah memberi cadangan yang bernas lg cerdas, tapi jangan la sampai double meaning nak menge-down kawan tu tak bagus..mungkin kita nampak senang kerana percaya dengan kebolehan diri, atau kePOWERan diri yang ada, yakin kita boleh buat... tapi bila mana berada dalam situasi yang sama, baru terasa peritnya... percayalah, tak smua ada kebolehan yang sama. masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.

mcm aku sama juga, bila tgk org miskin...kadang2 terfikir jugak.. kenapa org miskin tu takde usaha nak baiki taraf hidup??... banyak kot kilang2 untuk jadi operator. bila jadi operator buat ar Over Time banyak2 sampai lebam mata. mesti dpt banyak gaji dan boleh tingkatkan taraf kehidupan. tapi sebenarnya tak semudah berkata-kata. pasti ada jerk halangan, contohnya punyai anak kurang upaya yang memerlukan perhatian setiap masa sehingga tak membenarkan diri mencari kerja... ini base kepada kebanyakan episod Bersamamu yang aku pernah tengok. tapi jangan pulak dijadikan alasan utk malas berusaha..

hmm, bercakap ajerk mmg mudah kan? mudah2an hari2 mendatang ni banyak berjumpa dengan org yg tahu cakap, tahu apa yang dicakapkan dan tahu bagaimana nak buat. klu bagi cadangan pun.. jangan lah harapkan ke'perfect'an yang melampaui batas dan beri peluang utk kawan memperbaiki diri.. klu nak terus seperti yang diharapkan, sila lakukan sendiri ya... tapi kadang2 semua ni aku jadikan satu cabaran dan ingatan untuk tidak hanya tahu cakap sahaja.. kerna aku kadang2 pun begitu(sewaktu diluar pemikiran waras otak kiri)..
.
.
.
.
p/s: skang kurang cakap, lidah kena ulser...
(banyak kutuk org kot, instant punishment.. hahaha)