Sep 26, 2009

salam lebaran buat semua!


kepada semua yang mengenali diriku ini....aku nak ucapkan:-

1. selamat hari raya
2. tlg mahapkan khilaf zahir dan batin yang telah aku berbuat
3. hati2 di jalan raya mahupun di balairaya.. malang tak berbau!
4. halalkan yang mana teramik atau termakan (bukan niat mengepau.. tak sengaja..)
5. jangan lupa jemput, klu buat rumah terbuka..
6. jemput la dtg umah, tlg kemas umah aku..!
7. doakan aku yang baik2! amin...
.
.
.
.
p/s:muga dpt ape yang aku hjtkan...dalam hati buat masa skang nak dua benda jerk..(biarla rahsia)

Sep 9, 2009

kagum..wow!

~wooow~

pelik tapi benar..

sukar nak percaya tapi itulah 'realiti'

.

.

.

p/s: guna jin kot? jin notti barangkali!

melabur dengan akaun 1 kwsp anda?!


Apa nak Buat Bila KWSP cuma beri Dividen 4.25%?

Oleh : Azha Syazri

Saya saja nak share pendapat umum ni berkenaan apa boleh anda buat dengan simpanan KWSP anda, yang sejak kebelakangan ini, semakin rendah pulangan dividennya. Dari 6.84% tahun 2000, 6% tahun 2001 kepada 4.25% tahun 2002.

Anda tentu tahu simpanan KWSP anda tidak boleh dikeluarkan, melainkan untuk tujuan2 tertentu. Jadi, mungkin pendapat saya ini boleh membantu anda menguruskan kewangan anda dengan lebih baik.

Akaun 1 KWSP

Anda boleh laburkan sebahagian wang KWSP dari Akaun 1 KWSP ke dalam pasaran unit trust yang diiktiraf. Ramai orang bila sebut unit trust, semua fikir satu benda - TAKUT RUGI. Sebenarnya, unit trust ini ada pelbagai jenis dana. Ada yang aggresive (pulangan tinggi/risiko tinggi), balanced (pulangan seimbang/risiko sederhana) dan konservatif (pulangan rendah/risiko rendah).

Jika anda ini tidak sanggup hadapi risiko kerugian (spt modal berkurangan), maka nasihat saya pilihlah dana yang konservatif. Pulangan insya-Allah, boleh dapat hampir setiap tahun kerana kebanyakan pelaburan dibuat kepada pasaran bon.

Akaun 2 KWSP

Jika anda mempunyai pinjaman rumah, gunakan Akaun 2 untuk mengurangkan baki pinjaman rumah anda. Ini kerana, interest pinjaman rumah adalah sekitar 7%-8%, manakala dividen KWSP hanyalah 4.25%.


Lebih baik anda kurangkan baki pinjaman, dapat jimat interest 7-8% dan akan memendekkan tempoh pinjaman serta mengurangkan jumlah interest yang perlu ditanggung secara keseluruhan.

Pengeluaran kedua KWSP untuk pinjaman rumah boleh dibuat setiap 3 tahun dari pengeluaran pertama. Hanya terhad untuk rumah pertama sahaja. Bagi mereka yang mempunyai anak di IPT, gunakan Akaun 2 KWSP anda supaya anda mengurangkan jumlah pinjaman pelajaran yang perlu dibuat.

Ada orang yang membuat pinjaman peribadi di bank tertentu untuk pendidikan anak. Sesuatu yang anda perlu tahu, jika pinjaman peribadi itu dikira secara fixed-interest 7.55% setahun, interest sebenar yang dikenakan BUKAN 7.55%, sebaliknya hampir 13% setahun. Ini kerana kadar interest sebenar dibuat mengikut kadar APR (Annual Percentage Rate). Jadi, daripada menanggung hutang pada kadar 13% setahun, adalah lebih baik anda gunakan simpanan KWSP yang cuma beri 4.25% untuk kos pendidikan anak anda.
.
.
.
p/s: kepada yang berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh hubungi sy, m_fairuzfauzi@yahoo.com. laburlah dengan bijak.. :p

Sep 8, 2009

watch out!

Watch your thoughts; they become words.
Watch your words; they become actions.
Watch your actions; they become habits.
Watch your habits; they become character;
Watch your character; it becomes your destiny.