Mar 28, 2009

muvee


~my first time published a short movie~



...........it's all about my family.........
.
.
.
.
p/s: harap2 ok la..

apaaa yang penting?! kerjasama!



MAJLIS BUBUR ASSYURA MERIAH
................................................................

TAMAN SRI DENDANG: Atas usahasama penduduk Taman Sri Dendang, dua buah kawah bubur assyura telah berjaya disiapkan dan diedarkan di kalangan penduduk . Idea untuk mengadakan majlis ini telah diajukan oleh Pak Cik Din (memang nama gelaran) yang mahukan majlis ini diadakan bagi mengingati peristiwa assyura selain dapat mengeratkan hubungan dikalangan penduduk taman.

En Fauzi telah rela hati mengadakan majlis ini di umahnya ekoran kedudukannya yang strategik iaitu ditengah-tengah laluan perdagangan antarabangsa dan merupakan lokasi persidangan utama dunia yang kerap diadakan. Acara mengacau bubur assyura telah mengambil masa hampir 8 jam untuk disiapkan dan telah melenguhkan tangan pengacau-pengacau bubur malah turut memedihkan mata pengacau-pengacau bubur sehingga air mata tidak dapat ditahan dari terus mengalir akibat kesedihan yang melampau.

Menurut penduduk yang enggan namanya didedahkan, memberitahu acara sebegini berjaya mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan penduduk taman dan amat sesuai dijadikan sebagai acara tahunan. Selain itu dapat membuktikan siapakah di kalangan penduduk yang komited dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Dua buah kawah bubur assyura akhirnya berjaya di siapkan sekitar jam 6 petang.

Semua yang diaturcarakan berjalan dengan lancar kecuali acara makan tengahari. Dimana orang yang telah ditugaskan memasak telah menyediakan makanan lauk pauk yang manis-manis belaka. Menurut pembantu dapur, semua masakan telah ditambah sedikit gula melaka dan gula pasir termasuklah budu (sos ikan bilis). Ini membuatkan rasa yang sangat pelik dan menyebabkan kes kehilangan selera penduduk taman yang berlanjutan sehingga dua hari. Apa yang penting majlis ini telah berjalan dengan jayanya dan merupakan kenangan manis yang boleh dikenang sehingga generasi seterusnya.-BERNAMA

..................................
~sekitar majlis bersejarah itu~





.



berlibur di port dickson

pOrT diCkSon
>>>>><<<<<<

ni antara kenangan yang best ngan geng2 kat seremban... sehari sebelum raya aidiladha tahun lepas kami gi beriadah lompat lompat kat pantai pd.. dekat2 teluk kemang... kiranya post ni untuk mengimbau kenangan dolu-dolu. la.. waktu aku muda dulu... :D

makanan telah disediakan oleh yang berbahgia puan mariam, semuanya lazat2 belaka.. terutama sambal udang dengan kacang buncis goreng.. dua pinggan aku melantak tanpa malu dan segan.. waktu petang tu memang best.. redup jerk.. tapi kejap2 hujan... lepas tu dekat2 nak blah terus hujan lebat..

sempat gak wat aktiviti kanak2 lanjut usia.. main banana boat, rebut bola...dan mcm2 lagik.. yang rebut bola tu aku tak puas hati sikit.. sebab asyik aku jerk yang jadik 'monyet' kat tengah tu.. sapa2 nak main banana boat,.satu kepala rM20 untuk lima kali jatuh dalam air laut yang masin itu.. untung besau ar brader tu hari kitorg pegi.. dah rejeki brader tu.. :D

tak tau pe lagik aku untuk di mengarutkan.. tgk ar gambar kami bercanda di tepian pantai teluk kemang...hush, siyok sekali... tak2.. berkali-kali seronoknya...

..............................................................................................................

bercanda di tepian pantai
....

memosingkan diri.. bab buat gaya mmg ko no satu wan..
..






sementara brader boat tu setting apa yang patut.. sempat lagik 2-3 snap..
..





yan, apsal ko ceria sgt...? ko tgk laki ko, mat.. wat muka kecut perut.. :D
..

..........................
..

carta org paling susah naik a.k.a dugong(hehe)
1st. eman
2nd. yan
3rd. mat

..

org plg cepat panjat banana boat..(dusta belaka)

..

main monyet2..

..


camne aku tak selalu jadik 'monyet'?.. tgk mat, bermain dengan bersemangat waja..
..


~family bahagia~
umur sebaya ngan aku, tapi dah ada anak sekolah tadika...
aku ada anak tekak aje...sob2x

..


abg chon dengan heronya..!
..

dah penat melantak ar pulop.. nyam2..

..


melantak dengan sedaya upaya...

..
cik yam memberikan hi-5!


..hafy yang selalu sonyum.. bukan mcm pak njang dia muka cengeng!
..
.
.
.
.





nak dijadikan cite,sempat lagi race keta waktu balik tu.. datuk mat ngan datin yan wat muka ketat dengan spec hitam waktu potong keta aku.. acik yam lak, jadik tukang sorak... bila keta acik yam naik overtake keta aku, dia senyum meleret ajerk..hehehe..senyum bangga kot.. :P.. aku, eman ngn mijie pecah perut gelak dalam keta..

balik umah semua dah layu dah.. tapi leh lak sambung berkelah kat depan umah puan mariam ngan enchik ismail ni pulak.. siap wat sesi photography anak beranak lagik malam tu. hehehe.. tak pasal2 aku jadi jurufoto professional malam tu.. :P ada chance la aku buktikan bakat terendam berkurun2 lama dulu..
.
.
.
p/s: hargai hidup anda...

Mar 13, 2009

hoorey hoorey!!

~1 wEeK sHUtdOwn~
..............................................................

cis, jadik gak co tempat aku keje bercuti panjang atau dalam perkataan engineering skit 'plant shutdown'. semua ni angkara ekonomi yang jatuh bergolek2. bila agaknya nak berdiri balik,aku pun tak tahu.. planner ngan mr. lee pun tak tahu gak!..ada sapa2 yang tahu?! bulan mac section aku keja 16 hari aje.. selebihnya dibayar half day punya salary.. itu pun telah me'reduce'kan 30% gaji aku. alamatnya lari bajet la bulan depan.

malang lagik nasib budak2 operator.. diorg bergantung kepada OT semata-mata. memang terduduk gak ar diorg bila skang 'sifar OT'.. maklum ar co ni bagi basic kecik tapi boleh OT kaw2(waktu ekonomi baik punya). dulu, co ni bagi OT sampai budak2 ni tak larat dah meng'OT'kan diri. sekarang ni sejam OT pun nak riuh satu section. dari situ nampak betapa teruknya kesan kejatuhan ekonomi sekarang..

dekat section aku, 3 shift dicombine jadik satu shift.. hui meriah sakan la kat production. product request tak banyak, apa lagi.. diorg borak.. borak dan terus borak.. ada request baru buat kerja. borak lak dlm gelap maklum ar cut cost.. yang pasti bawah corong air cond yang anginnya bertiup sepoi2 tak reti bahasa..

kadang2 aku join gak, nak tahu cerita terbaru.. macam2 topik diorg bincang.. cerita pasal mengail ikan, cerita upin dan ipin ada, cerita business sampingan ada, cerita lintah ada, cerita tanam lada ada, cerita bini buat ais krim malaysia taruk coco crunch ada, cerita dalam kain pun ada.. ish org belum kawin belum boleh dengar la!. kata diorg dengan berlagaknya. pendek kata menyeluruh..yang pasti semua ada bakat becerita dan paling tak tahan nak cerita ke'best'an diri masing2.. haha.

lepas ni sunyi la kejap co. tu, seminggu cuti la katakan.. mcm cikgu sekolah lak pulak rasanya. yea la cuti time cuti sekolah.. huhuhu...aku apa lagik amik peluang balik kg.. abiskan masa ngan familyku tercintun... aku plan nak gi wat aktiviti yang tak guna modal besar.. mcm gi air terjun dekat2 umah, bakar ayam kat Tok Bali atau nengok tv 24 hrs.

keadaan ekonomi mcm skrang ada gak sudut positifnya... contohnya bersedia sebelum kena... tapi belum sempat aku bersedia dah terkena.. aduish! yea la kita kena simpan duit untuk time genting macam nih.. br la tak rasa effect sangat.. tak pun kena ada business sampingan sebagai back-up plan klu co tutup.. ish mintak jauh ar, sebab aku dalam proses mencari back-up plan nih.. ada cadangan x?

lagi satu, bg kesempatan untuk bersama2 keluarga tercinta.. yea la asyik berbakti kepada co. jerk..dulu asyik nak buat OT jerk.. time ni la nak gi melancong (kos ciput sahaja), melawat mak ayah kat kampung atau buat benda2 yang teringin sgt nak buat time sibuk dulu.

hmm...esok aku nak balik kg dah.. balik kg sorang2.. naik kereta buwukku.. takde org nak tumpang lak.. plan asal nak naik keretapi jerk (save cost), tapi dah abis daaa... tiket bas pun abis gak.. yang nak tumpang ada... tapi mcm menyusahkan aku lak.. kena gi follow dia anta kereta ke suatu tempat yang jauh sgt dari laluan aku nak balik kg... lgpun dia dah ada tiket bas.. klu aku direct balik dah sampai ke karak tak pun bentong...tgk ar mcm mana esok, aku ni kadang2 kesian gak kat org..

lagik satu, time macam ni melatih org berjimat cermat dan plan budget dengan penuh hemat.. aku pun dapat rasa yang aku ada bakat plan budget yang bijak sebenarnya.. br perasan.. dulu asal ada plan baik aku ON jerk.. tak kira lah kemana jua.. hehe

hmmm... ok la.. nak packing barang2. tengah excited nak balik kg nih.!
.
.
.
p/s: kena bwk keta pelan2..


Mar 8, 2009

mengong sekejap

mEnGonG kOjaP
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


hari ni aku bangun lewat, kul 9pagi... tertido kat bilik azim.. sebab penat men futsal semalam ngan nengok gelanggang raja lawak kat youtube.com ngan si nuar tu. cmne aku nak tdo, asal nak tdo jek "wesh takkan nak tido dah kot?!". dia tak tau ke skang dah kul 4 pg.. nak jerk aku siku-sikukan mamat tu.. haha.. aku lak demi menjaga hati kwan, leh jerk layan borak ngan dia dalam keadaan separuh sedar..

aku rasa mamat ni tak tido, dia kejut aku kul 6.52 pagi, ajak gi jogging ngan sarapan... bila aku dah bangun.. beriya nak gi sarapan, ngk2 dia dah lena tido kat atas tilam empuk aku.. cis, buang karan tul mamat ni.. aku apa lagik smbung tdo dan terbangun pun kul 9pagi... bangun2 terus rasa pening kepala.. tengok keliling terus pikir apa aku nak buat hari nih.. macam sangap jerk.. aku bukak pintu dapur (untuk pengudaraan yang lebih mantap) pastu guling2 atas tilam azim (tuan punya tilam balik kg)..


aku pikir, pikir dan terus pikir...apa aku nak jadi?!.. adakah hidup aku skang seperti mana yang aku harapkan?!.. jawapan aku ya dan tidak.. aku cuba tetapkan apa aku nak dalam hidup sebenarnya?! akhirnya aku pun takde jawapan.. adakah aku sepatutnya menjadi seorg yang lebih bagus dari sekarang? tiba2 timbul sedikit2 penyesalan atas keputusan yang pernah aku buat... tapi akhirnya aku akui aku tak bisa meramal akan masa depan dan apa akan berlaku.. benar! banyak sudah aku merancang, tapi tak semua menjadi..

mungkin juga apa yang aku rancangkan tak aku lakukan sungguh2.. ya memang ada!.. kadang2 macam banyak cakap dari buat kerja.. hampeh.. tapi aku masih lagi berpeluang mengubah nasib aku...siapa lagi nak ubah klu bukan aku..
mcm dalam ayat 11 dalm surah ar-ra'd "sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri"

tapi pokok pangkalnya aku sendiri yang kena ubah nasib aku sendiri... sejauh mana aku mahu mengubah kisah hidup aku sendiri.. aku takut aku hanya "hangat2 taik ayam mone (mone= tahap tertinggi kebusukan taik ayam)".. hmm.. aku berazam, untuk ubahnya hari ini.. :D..

rasanya ayat ni boleh bakar semangat aku.."dan Dia memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah megadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" ayat 3 surah at talaq.

yea la ketentuan Dia..
siapa berusaha akan berjaya
siapa malas akan terus mundur
siapa mencari pasti akan jumpa
siapa menunggu pasti akan terus disitu
siapa belajar akan pandai
siapa makan akan kenyang..
begitu lah hukum-Nya

ketentuan sudah ada.. so pilih la yang mana satu... takde ape boleh aku ubah apa yang telah aku putuskan dulu.. skang aku hanya bleh ubah kisah hidup aku untuk 5 tahun lagi atau 10 tahun lagi..jika pilihan yang tepat aku buat..! tapi aku takut aku hanya pandai cakap aje...ish, semangat! semangat!
.
.
.
.
p/s: aku takkan menungu lagi, nak mencari dah sekarang..
harap2 cepat jumpa..hehe



buang masa di one utama

oNe UtAmA

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
plan asal nak ke frim wat aktiviti riadah, jogging ngan jungle trekking. dan lepas tu mandi air terjun dan terus gi berlibur(buang masa) kat one utama... tapi bila tengok awan mendung kelabu berarak, ktorg cancel la nak beriadah.. nampaknya tak jadi la nak buang lemak dan gelebeh2 di sana dan situ badan.. lagi satu masalah, mula2 ramai nak ikut.. alih2 tinggal aku ngan budak halim aje.. budak nuar tu kejap nak ikut kejap tak nak.. last2 kena tinggal.. bila ktorg dah kat sana baru kecoh nak ikut.."apsal tak ajak?".. memang mengong la mamat tu.. alamatnya ko duk ar umah sorang2.. mizi lak kata nak datang, alih2 bukan batang idung, bulu hidung pun tak nampak.. wan lak tak nak ikut, nak bergumbira bersama family dia ar kot.. :P
..............
so agak bosan la sikit, mula2 tgk wayang.. pastu pusing2..pastu pusing lagi... sebenarnya sesat nak cari Mc D. ntah berapa kali tgk peta, tetap sesat gak.

kat Mc D ada peristiwa menarik berlaku..

tengah aku ngan alim sibuk mengunyah french fries yang kurang sedap itu.. dan sedang kami leka beborak tentang mat joe yang berlagak telah merasai nikmat perkahwinan dan perasaan menjadi bapak.. yea la ktorg belum rasa lagi.. leh ar dia berlagak..

tiba2!, ada dua org awek yang cun bangat menyapa kami...lalu mereka pun bertanya.. "berdua aje ke abang?" panggil abang tuuu...! halim dengan muka gelabah mengangguk2kan kepala.. ringkas jawapannya.. "ha ah, kenapa?"... aku pun pelik gak, ada org kenal kami... pastu awek yang pakai baju pink tu menjawab soalan halim yang ringkas dan padat itu.."taaak, kami nak bagi tau.. abang dua orang ni hensem la.."..

halim pun dengan muka senyum tak senyum (bangga sebenarnya) pun bertanya dengan agak kerek sedikit.. "sy tahu, dah tu kenapa?"..awek yang muka lagik cantik dari fasha sanda pun menjawab "tak de pe2 ar bang, cuma leh tak abang berdua ni jadik boyfriend kami?!".. ape lagi terkedu la kami... halim terkebil2... aku pun tanya.."ish, biar betul ni?".. awek tu jawab "betuuul, sumpah tak tipu"..

reaksi kami?!
aku nak kata suka.. pun tak..nak kata nak melompat.. pun tak.. aku mcm rasa seronok pun ada.. halim lap peluh kat hidung dia...tapi kan best kalu cite ni betul2 berlaku...hehehe...
.............................

FeRrAri

lepas kenyang, duk lepak kat kerusi sambil tengok telatah org.. mmg best.. leh dijadikan hobi yang menarik gak nih.. hehe.. banyak gak kotoran di mata dapat dibersihkan. muahaha..

dah bosan, gi pusing2 lagik.. sampai naik lenguh..
tapi kenapa sakit pinggang yup?!..klu diikutkan jarak kami berjalan... dah sampai ke punchong atau putrajaya dah kot.. penat.. tak banyak yang best pun.. masuk butik kuar butik.. wat window shopping jerk.. maklum ar, skang kena plan belanjawan... ekonomi merundum.. org kerja swasta mcm aku memang terasa sangat..

yang best pun, dapat tengok keta ferrari ngan keta f1 ferrari.. keta ni memang mengancam..
ada gaya.. nak juga tengok harga, tapi tak tulis.. suh gi tanya account manager.. mungkin takut org terkejut kot.. tak pun takut org bawak lari..

sempat la bergambar, bergambar je la mampu... nak beli?! mati hidup balik pun tak dapat beli... hehe.. boleh sebenarnya, klu ada plan baik punya.. nothing is imppossible.. lepas tu kami gi the curve, ikano dan ikea.. lepas tu gi makan sup kat penchala.. pastu terus balik... oppsss silap, singgah petronas dulu, halim nak buang khazanah kat sini dulu..nati boleh la dia berlagak.."alah damansara tuu.. tempat aku berak jerk..!"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
one utama
....

i like the sport rim design very much!
.
.
.

laju2
.

.



hanya ini kami mampu!
(brader yang tukang amik gambar kami ni terketar2.. pepehal tenkiuk bro)
.
.
.
p/s: tak salah simpan impian..cuma kena wat perlaksaan mantap jerk..




Mar 7, 2009

geng the movie a.k.a upin dan ipin memang best

uPiN daN iPin
.
.
semalam aku ngan alim gi nengok cite geNg ThE mOvIE kat gsc one utama. aku ingat cite ni lebih kurang filem2 karton malaysia yang lain. meskipun aku tak pernah nengok cite karton keluaran anak2 malaysia kat panggung.

.


"Ada sesuatu yang mengganggu ketenteraman Kampung Durian Runtuh. Penduduk kampung menyebarkan cerita tentang kewujudan suatu makhluk yang menggerunkan menjelang waktu malam, namun tiada siapa yang berani mencari kebenaran disebaliknya.


Sehinggalah Badrol dan Lim, serta rakan-rakan baru mereka terjerumus ke dalam misteri tersebut tanpa disengajakan. Seekor haiwan aneh yang tidak diketahui asalnya, menjalin persahabatan dengan Rajoo dan membawa mereka semua ke suatu pengembaraan, jauh ke dalam hutan hujan Malaysia yang penuh dengan hidupan liar, termasuk seekor ular gergasi yang mistik. Sertai mereka, dalam mengungkap misteri dan merentasi cabaran di sekitar keindahan panorama flora dan fauna Malaysia."
.
.
.

pengkritik filem terhebat!
tgk muka ketat pun dah tau...ke"strict"an kami!



ape la.. pengkritik patutnya kena bagi tiket free..
.
.
.
komen aku:
cite ni mula2 mcm nak expose budaya malaysia dan gaya hidup orang kampung. yea la, pasal malaysia yang berbilang kaum, obses pada "hantu" dan budaya hidup masyarakat kampung yang cool ajerk. tapi mcm nak perkenalkan binatang2 ternakan kat kampung pun ada gak. hehe. mcm beruk, angsa, itik, ayam dan lembu. mcm slow skit tapi masih lagi best.

tapi bila start diorang jumpa opeet, binatang comel tu dan mula sesat.. jalan cite jadi lagik best. cemas dan mendebarkan aku. aku rasa cite ni tak sesuai dilabelkan sebagai U, sebab aku pun rasa dup dap dup dap... kiranya aku rasa mcm jadik upin lak dalam cite tu.

makcik depan tu, sibuk tutup mata. kelakar pun ada.. katanya first time masuk panggung.
bukti cite ni mendebarkan, dua org budak duk nangis dalam tu. ahh, tak caya korang tgk ar sendiri.

last week aku tgk cite ablasa, sebab cite upin dan ipin dah abis. nak tgk punisher, ada budak bawah umur 18 tahun lak, bella baru umur 5 tahun. razak mohaideen patut malu dengan cite yang dia hasilkan. bodoh dan memalukan. bella pun tak takut ngk cite tu... kluar2, aku tanya bella "takut tak?".. jawapan budak tu.. "tak best la cite ni uncle fairuz"

komen alim:
best dari ong bak. aku tak caya ni cite keluaran malaysia.
empat bintang untuk upin dan ipin. betul,betul,betul!
.
.
artikel pasal upin dan ipin
.

.
.
p/s: ban cite razak mohaiden

Mar 6, 2009

patut aku bawak klu ke mana-mana!

AMARAN KERAS: jangan cari pasal nak meninggalkan perkakas2 ini!
.
pertama-tama sekali handpone

.
.
kedua: beg duit


.
ketiga: kunci umah/kunci HONDA

bestnya klu ni kunci HONDA CIVIC
dah kudung kedua belah kaki, hidung laj tercabut
SKU=sponge kurang upaya
.
keempat:kunci MAX Speed

tu pung klu bawak keta
dulu keychain dia mickey mouse.. tercicir waktu minum kedai mamak..
sebab sebelum tu ada.. mungkin ada bangla yang berkenan, amik dan simpan..
waa... windu bangat sama mickey mouse itu.. sebab 2 tahun guwe jaga kamu..
mcm ralat sikit.. walaupun kamu itu dah hitam berdaki...
apsal slang indon lak nih!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
permisi dulu ya bapak2 ibuk2
:D

this is my card

.................ini kad saya...............
.
previous company


nati aku nak buka kita jitu sdn bhd
.

ada satu box lagik, tak sempat abiskan...
.
..........................................................................................................
.
company sekarang


company jopun

.


...jawatan masih lagik sama...
bila nak jadik manager nih
.
.............................................................................
tak pun ada company sendiri... tertera jawatan kat atas kad sebagai "empunya company"
suatu hari nati.. amin
.
.
.
p/s: asyik tanam cite2 jerk...